Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.hid] | زاهد

Definisi : Ar (orang yg) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; zuhud. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.hid] | زاهد

Definisi : tidak mementingkan hal keduniaan (bkn sikap hidup seseorang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zahid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wang sebanyak dua puluh ringgit telah diberi oleh ibu kepada Zahid. Adakah apa-apa kesalahan dalam ayat ini??Ayat tersebut betul.Tatabahasa06.08.2013
Bolehkah DBP syorkan buku atau artikel yang ada menerangkan konsep intonasi dalam Bahasa Melayu? Saya sedang membuat satu kajian PhD tentang intonasi orang Melayu dalam Bahasa Inggeris. Untuk tujuan ini saya perlu mengetahui intonasi bahasa Melayu itu sendiri. Setakat ini saya ada membaca buku Tatabahasa Dewan (Nik Safiah et al. 1986) tetapi penjelasannya terlalu pendek dan tidak mencukupi. Bolehkah pihak tuan syorkan buku/artikel yang sesuai? Terima kasih, Noor Fadhilah

Antara beberapa rujukan yang berkaitan ialah 1. Artikel, Utusan Zaman, 3/10/1993 (tulisan Aminuddin Mansor), 2. Artikel, Dewan Bahasa Julai 2003 dan Mac 2004 (tulisan Dr. Indirawati Zahid), 3. Artikel, Dewan Bahasa, September 1981 (tulisan Asraf)

Lain-lain26.11.2009
bincangkan konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat melayu.Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu, sila rujuk bahan berikut : 1. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Asmah Haji Omar. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007; 2. Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa oleh Amat Juhari Moain Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1992 ; 3.Budi Bahasa dan Kesantunan Berbahasa oleh Azizah Ahmad Dewan Bahasa 01/07/2005 ; 4. Manifestasi Kesantunan Berbahasa oleh Khoo Thong Eng Pelita Bahasa 01/11/1994; 5. Prinsip Kesantunan Bahasa oleh Ma'aroff Abdul Rahman Dewan Bahasa 01/07/2005;  6.Kesantunan Berbahasa oleh Jumaat Mohd Noor Pelita Bahasa 01/10/1989; 7. Kesantunan Berbahasa oleh Indirawati Zahid Dewan Bahasa 01/03/2005; 8. Budaya Bahasa Melayu dan Kesantunan Berbahasa oleh Ami Masra Utusan Zaman 27/11/1994; 9. Kesantunan Bahasa Diabaioleh  Dr Nik Safiah Karim - Berita Harian 17/08/2006; 10. Penggunaan Kata Panggilan: Kesantunan Berbahasa oleh Abdullah Hassan Watan 29/08/1996.Lain-lain15.06.2008
CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT

Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif  supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini:

1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000

2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004.

Lain-lain31.08.2009

Kembali ke atas