Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zaid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. Apakah kata ganti nama diri yang sesuai dalam ayat berikut ("Mengapakah ________ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Zaid.) sama ada tuanku atau baginda? SekianKedua-dua perkataan itu boleh digunakan mengikut konteks. Jika perkataan tuanku digunakan, Datuk Penghulu merujuk Putera Zaid.  Kalau perkataan baginda digunakan, Datuk Penghulu merujuk ayahanda Putera Zaid.Lain-lain25.07.2012
"Mengapakah ______________ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Zaid. A patik B tuanku C hamba D baginda Jawapan : D diberi Saya rasa B juga betul sekiranya Datuk Penghulu ingin tahu apa yang yang dititahkan oleh Putera Zaid. Sultan berkata kita guna bertitah, bagaimana pula putera, puteri, permaisuri berkata guna bertitah atau tidak.Jawapan yang paling tepat ialah baginda kerana kata ganti nama tuanku digunakan apabila berkata-kata dengan raja sahaja. Titah khusus kepada raja atau sultan sahaja.Tatabahasa25.07.2012
salam tuan. Adakah ayat ini betul? 1.Cikgu Zaid memberikan arahan menggunakan pembesar suara kepada peserta larian. 2.Guru besar memberikan hadiah sambil disambut oleh Amir yang memenangi pertandingan yang disertainya. 3. Pasukan unit beruniform berkawad sambil melintas di hadapan khemah.Ketiga-tiga ayat contoh yang diberikan betul.Tatabahasa04.06.2012
bagaimana saya hentak hantar karya-karya saya untuk diterbitkan???Sdr Muhammad Zaid Md Saleh (van_persie1989@yahoo.com), harap maklum: jawapan kepada pertanyaan sdra itu adalah sama seperti jawapan kepada soalan sdr sebelum ini. Sekian, terima kasih.Lain-lain04.08.2010
Salam Sejahtera.Mohon pandangan tuan tentang soalan berikut; 1. "Mengapakah _______ bertitah demikian ?" tanya datuk penghulu kepada Putera Zaid. A patik B tuanku C hamba D baginda Saya berpendapat, jawapan B dan D boleh diterima berdasarkan makna yang tersendiri. Jika jawapan A, merujuk kepada pertanyaan datuk penghulu kepada putera itu sendiri mengapa mengeluarkan titah yang sedemikian. Jika jawapan B, merujuk kepada pertanyaan datuk penghulu mengapa ayahanda putera itu atau sultan yang lain mengeluarkan titah sedemikian. 2. hari kanak-kanak @ Hari Kanak-kanak 3. hari guru @ Hari Guru 4. hari kemerdekaan / kebangsaan @ Hari Kemerdekaan /Kebangsaan Terima kasih.1.  Pendapat tuan itu tepat.
2.  Hari Kanak-kanak.
3.  Hari Guru.
4.  Hari Kemerdekaan/Kebangsaan.
Lain-lain24.07.2012
huraian tentang hubungan etnik,integrasi dan menangani cabaran

Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan. Saudara boleh merujuk buku-buku ini untuk panduan, iaitu:

1. Hubungan etnik di Malaysia oleh Zaid Ahmad, Dr.[et.al]

2. Ikatan etnik dan kelas di Malaysia Sanusi Osman UKM Bangi 1989

3. Pembangunan etnik di Malaysia Hasnah Hussiin PEMIKIR 01/04/2007

4. Pengaruh nilai-nilai etnik dalam pengurusan organisasi di Malaysia Rusinah Siron Dewan Ekonomi

Saudara juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP setelah mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan atau di mana-mana perpustakaan untuk tujuan penyelidikan.

Lain-lain16.02.2009
Apakah yang dimaksudkan dengan sebutan etnik?Perkataan yang berkaitan dengan etnik seperti Iban, Kadazan dan lain-lain. Setiap etnik mempunyai bahasa masing-masing. Saudara boleh merujuk buku-buku ini untuk panduan, iaitu:

1. Hubungan etnik di Malaysia oleh Zaid Ahmad, Dr.[et.al]

2. Ikatan etnik dan kelas di Malaysia Sanusi Osman UKM Bangi 1989

3. Pembangunan etnik di Malaysia Hasnah Hussiin PEMIKIR 01/04/2007

4. Pengaruh nilai-nilai etnik dalam pengurusan organisasi di Malaysia Rusinah Siron Dewan Ekonomi

Istilah18.06.2010
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PROFESIONAL. SAYA TELAH DIPANGGIL UNTUK MENGIKUTI TEMUDUGA BAGI PROGRAM DI ATAS IAITU,LG221 SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA DI FAKULTI AKADEMIK PENGAJIAN BAHASA,UITM,SHAH ALAM PADA BESOK HARI,26/04/2008.SILA KEMUKAKAN MAKLUMAT BERKAITAN PROGRAM DI ATAS SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK SAYA.KALAU BOLEH SECEPAT YANG MUNGKIN.DALAM MASA SEKARANG.

Kami mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan sdr  dengan segera kerana  soalan sdr dihantar pada 25 April 2008 (Sabtu) bukan hari bekerja. Walau bagaimanapun, dilampirkan beberapa rujukan tentang bahasa Melayu komunikasi untuk rujukan sdr.

Bahasa Melayu komunikasiAbdull Sukor Shaari (et.all..)PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.2003
Ekspresi : kursus bahasa Melayu untuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasiZaid Hussein">Mat Zaid HusseinPenerbit Universiti Malaya2003
 

Lain-lain25.04.2008
Salam. Soalan saya tentang standard penulisan buku untuk tujuan terbuka di pasaran. 1. Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space? satu atau dua? Jika dua kali space ia mengikut gaya penulisan mana ya? 2. selepas () buka dan tutup kurungan perlu space atau tidak 3. Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut.. 4. ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak.. 5. Terima kasih

1.    Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space?

Perlu satu ruang (space). Contohnya,

         Sikap remaja yang mementingkan keseronokan sehingga mengabaikan arahan ibu bapa ditegur oleh Nur Munirah Zaid dalam cerpen “Serba Salah”. Selepas berlaku kejadian yang tidak xxxxx

 

2.     Selepas  buka dan tutup kurungan () perlu space atau tidak?

Perlu satu ruang, Contoh (sijil) jarakkan satu ruang kata

“Pengorbanan” karya Nik Aifatiyah Nik Mustapha (Aifatiyah Mustapha) mengisahkan seorang remaja lelaki xxxxx

 

3.    Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut..

Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi:

1. Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat:

Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri.

2. Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan.

Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua Kampung.

3. Menggantikan perkataan "hingga"

Jun - Oktober
Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980

Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk:

1. Menegaskan ejaan sesuatu perkataan

k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g

2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.

"M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup.

3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi.

03-2481011 3016280-07-1

4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.

Indo-Belanda anglo-China

5. Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas.

anti-Rusia

6. Menunjukkan kata ganda.

beribu-ribu guru-guru anak-anak kecil

7. Pelbagai fungsi.

Ulang tahun ke-25

 

 

4.     ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak..

Perlu satu ruang (space). Contohnya,

“Permata Zamrud Ibu” oleh Noor  Haklimaa Ahmad Zikri pula mengisahkan ketabahan seorang ibu

 

Lain-lain10.06.2017

Kembali ke atas