Zainab Abdullah Assalam admin ... mohon bantuan dan pengesahan pihak DBP berkenaan penggunaan singkatan 'pdp' seperti surat yg dilampirkan yang saya terima pagi ini melalui kumpulan whatsapp. Banyak kekeliruan timbul dalam kalangan guru yg mendpt penerangan berkaitan singkatan tersebut. Ada yg memaklumkan mereka mendpt penjelasan singkatan sebenar yg diterima pakai oleh pihak DBP ialah 'P&P. Terima kasih. SILA RUJUK SURAT YANG DIKELUARKAN OLEH DBP, no rujukan fail - DBP/323/600-2/3/17 K.4 (67) bertarikh 22 September 2016. | Penjelasan kami adalah seperti isi kandungan surat berkenaan. Apabila ada keperluan menggunakan singkatan antara prinsip pembentukan singkatan termasuklah pemilihan huruf awal perkataan. Contohnya, huruf P, d dan P ialah huruf pertama bagi setiap perkataan dalam frasa “Pengajaran dan Pembelajaran”. Berasaskan prinsip inilah singkatan yang betul ialah “PdP”, sementelah singkatan ini telah mantap penggunaannya. Adapun bentuk yang lain, seperti “P&P” ialah bentuk yang tidak menepati rumus pembentukan singkatan kerana dalam teks bahasa Melayu, simbol tidak digunakan dalam frasa ataupun ayat. | Ejaan | 27.09.2016 |
malu | Antara maksud malu merujuk Kamus Dewan ialah 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya. | Makna | 29.01.2010 |
Suffian Fauzi Oct 16th, 10:49pm Assalamualaikum pihak admin Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.. Saya Mohammad Suffian bin Fauzi, berasal dari Dungun Terengganu dan kini sedang belajar di UIAM Gombak.. Boleh saya bertanya, bagaimanakah saya ingin mendapatkan borang penyertaan bagi Sayembara Menulis Puisi BBK 2014 Peringkat Wilayah Timur.. Boleh bagi link muat turun borang tak? terima kasih admin.. Harap dapat balas.. terima kasih sekali lagi | Sila hubungi urus setia sambutan BBK peringkat Wilayah Timur di DBP Wilayah Timur di talian 09-7414900 atau e-mel kepada Puan Hajah Zainab Che Omar (Pengarah DBP Wilayah Timur) melalui e-mel chezai@dbp.gov.my. | Lain-lain | 16.10.2014 |
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza?? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; | Istilah | 01.11.2009 |