1) Tuan, Yang mana satu betul? Dr. ZAINAL atau DR. ZAINAL 2)Dalam penulisan surat rasmi, kata panggilan Tuan atau Tuan/Puan? Terima kasih. | 1. Ejaan yang betul ialah Dr. Zainal atau DR.ZAINAL. 2. Dalam penulisan surat rasmi sapaan tuan atau puan atau tuan/puan boleh digunakan. Sapaan tuan sahaja juga boleh digunakan kerana boleh merujuk kepada puan. | Lain-lain | 17.06.2010 |
Nazima Zainal Sep 13th, 6:04am Assalammualaikum Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Boleh saya tumpang bertanya Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Berapa harga tiket kanak2 utk pementasan cerita laba yg bijak Nazima Zainal Sep 13th, 6:05am Laba sang bijaksana Nazima Zainal Sep 13th, 6:06am Bole saya beli online | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 13th, 12:29pm Tiket adalah percuma! PEMENTASAN 18 September 2014 (Khamis) Pukul 3.00 petang 19 September 2014 (Jumaat) 8.30 malam MAKLUMAT LANJUT Sila hubungi Puan Filzah Ibrahim 03-2147 9204/016-671 9072 atau Puan Zabidah Yahya 03-2147 9207 atau Encik Syed Rosli 03-2147 9209 | Lain-lain | 13.09.2014 |
YM RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ SOALANNYA: ADAKAH BETUL DILETAKKAN PERKATAAN HAJI DI AWAL cth: HAJI YM ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ atau PERKATAAN YM DULU BARU PERKATAAN HAJI cth: YM RAJA HAJI ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ. | Yang betul ialah gelaran seperti YM/YB/Haji (Maklumat lanjut tentang gelaran, sapaan dan sebagainya boleh rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi) dan diikuti dengan nama, contohnya: YM HAJI RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ. | Lain-lain | 29.04.2009 |
Salzlizawani Zainal Abidin SAB 6.32 PAGI Assalamualaikum DBP. saya nak tanya. Buku teks sekolah yang lama masih disimpan ke? Sy berminat nak beli kalau ada | Waalaikumussalam. Perihal buku teks sekolah, tuan boleh menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP melalui talian 03-41012409 / 2476 . Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 12.08.2017 |
Fuadah Zainal Abidin TUES 11:18 Assalamualaikum saya mencari siri BAWAL terbitan D terbitan DBP di mana saya boleh dapatkan siri tersebut? | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 24.01.2017 |
Azilah Zainal Jun 24th, 12:23pm salam, saya Azilah seorang staff di pusat sumber di Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST). Bagaimanakah caranya untuk saya mencari sumbangan buku-buku dari pihak2 tertentu atau dimanakah saya boleh mendapatkan buku dengan harga yang berpatutan | Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan buku daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, tuan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 24.06.2014 |
Ejaan nama Zainal Abidin bin Ahmad: (1) Z‘aba (koma di atas sebelum huruf a, berhujung tajam di atas seperti tanda penyingkat = ain), (2) Za’ba (koma di atas selepas huruf a, berhujung tajam ke bawah = hamzah), (3) Za‘ba (koma di atas, berhujung tajam ke atas seperti koma terbalik, selepas huruf a = ain). Ejaan yang manakah diiktiraf oleh KNDBP? Terima kasih. | Ejaan yang banyak terakam dalam pangkalan data kami ialah Za'ba. | Ejaan | 11.06.2012 |
Zainal Abidin ada jual buku teks tak? mana saya blh beli secara online | Terima kasih saudara Zainal Abidin. Moga saudara dan keluarga dilingdungi Allah. Ada. Boleh layari laman seswang ini http://prpm.dbp.gov.my/ pada pautan e-Niaga | Lain-lain | 20.01.2014 |
perbezaan bahasa melayu: - bahasa kebangsaan - bahasa rasmi - bahasa perpaduan | Sila rujuk bahan ini: Bahasa Melayu, pendidikan dan perpaduan kebangsaan | Zainal Abidin Abdul Wahid">Zainal Abidin Abdul Wahid | Dewan Bahasa Bahasa: satu cara mengukur perpaduan kebangsaan | Khemlani-David, Maya | Jurnal Dewan Bahasa | Lain-lain | 01.06.2008 |
Assalam Tn Saya Zainal Ariff (0104007090) dari Jururancang Bandar (Zas Planner) ingin mendapat terhadap penggunaan bahasa untuk dijadikan nama taman perumahan yang kami cadangkan di kawasan MBSA, Shah Alam Nama-nama yang kami cadangkan adalah seperti berikut :- 1.Sinaran Residensi 2. Utopia Residensi 3. Seri Sinar Residensi 4. Seri Unggul Residensi Diharapkan pihak tuan dapat memberi ulasan terhadap cadangan di atas dengan kadar segera dan diucapkan ribuan terima kasih. | 1. Residensi Sinaran 2. Residensi Utopia 3. Residensi Seri Sinar 4. Residensi Seri Unggul | Tatabahasa | 17.10.2017 |