Salam sejahtera...sy zaini dr penang...sy ingin menerbitkn buku sajak @ buku puisi bahasa melayu kerana dalam simpanan sy ada lebih kurang 200 buah sajak...sy ingin bertanya kpd pihak tuan/puan apa yg perlu sy buat & cukupkah hanya sekadar 200 mukasurat dapat menghasilkn sebuah buku... Soaln seterusnya sekiranya boleh...apa yg perlu sy bt...mohon cadangan dr pihak tuan/puan...terima kasih. | Untuk maklumat lanjut berkaitan penerbitan buku sastera, tuan boleh menghubungi Bahagian Buku Sastera, melalui talian 03-21479512/ 9513/9514/9515. | Lain-lain | 01.02.2015 |
Salam sejahtera. Saya sedang mengkaji drama Bumiku Oh Bumiku karya Zaini Ozea. Aspek yang dikaji ialah kritikan masyarakat. Namun saya menghadapi kesulitan dalam mencari bahan rujukan. Bolehkah pihak DBP membantu saya dalam mencari maklumat-maklumat ini atau mencadangkan bahan-bahan rujukan yang boleh membantu saya. Sekian, terima kasih. | Dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat membantu Sdr dalam hal ini. | Lain-lain | 03.04.2011 |
seribu alasanmu menjadi tegar.soalanya,pakah ayat tersebut betul dan di boleh guna sebagai stau ayat | Encik Zaini, Ayat tersebut betul bergantung pada konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
soalan Bolehkah terangkan dengan detail tentang a)Apakah definisi pantun b)Jenis pantun c)Ciri-ciri pantun d)format pantun e)tujuan pantun | Sdr. Zaini, Jawapan bagi soalan ini dimasukkan dalam lampiran jawapan yang bertajuk [PUISI TRADISIONAL - PANTUN] kerana ruangan ini amat terbatas dan menyukarkan saya untuk menjawab beberapa soalan sekali gus. sekian, terima kasih. | Sastera | 14.05.2012 |
As Salam Tuan.. Saya ingin membuka Kolam Pancing Udang di Ulu Yam Selangor. Saya ingin merujuk kepada pihak Tuan nama Trademark yang saya hendak gunakan ialah " KOLAM UDANG HERITAGE ". Adakah kegunaan nama Trademark itu dibenarkan. Sekian terima kasih Mohamad Zaini Abu Samah | Waalakumussalam tuan, Untuk makluman tuan, jika tuan hendak meletakkan trademark terhadap nama atau logo syarikat, tuan perlu berurusan dengan pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO). | Lain-lain | 27.02.2018 |
sila membuat pengesahan ke atas iklan yang dilampirkan (lampiran fail). saya tidak dapatmenggunakan perkhidmatan Pengesahan Iklan di laman web DBP mungkin kerana laman web tersebut tidak dikemaskini. saya juga telah memhubungi talian yang tertera tapi tiada yang menjawab. saya memerlukan pengesahan ke atas iklan ini dengan segera..kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.sekian terima kasih. Yang benar, Fazliza Zaini (ijazaini@yahoo.com) | Tidak ada teks bahasa Melayu untuk disahkan dalam iklan tersebut. Sila masukkan keterangan iklan dan terjemahkan teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Untuk pengesahan, klik semula domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 02.07.2012 |
As Salam Tuan.. Saya ingin memohon Lesen Perniagaan di Majlis Daerah Hulu Selangor. Salah satu syaratnya adalah mendapat pengesahan dari pihak DBP bahawa nama/perkataan yang saya mohonkan dari sudut bahasa adalah terdapat dalam senarai pihak DBP. Nama/perkataan adalah " KOLAM UDANG HERITAGE " Mohon pengesahan dari pihak DBP untuk saya meneruskan permohonan saya ke pihak Majlis Daerah Hulu Selangor. Wasalam Mohamad Zaini Abu Samah Heritage Fishing Enterprise | Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Saiz visual pada kebiasannya mengikut apa yang dikehendaki Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, tuan/puan perlu meletakkan keterangan aktiviti di sebelah kiri paling atas iklan, contohnya RESTORAN. | Lain-lain | 01.03.2018 |
Bagaimana ingin membantu murid sekolah rendah (yang tidak tahu membaca) supaya dapat membaca dengan lebih baik lagi selain daripada program pemulihan? | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Di bawah merupakan hasil carian menggunakan KAWAT DBP. Diiharap buku-buku rujukan tersebut dapat menyelesaikan persoalan saudara. | Lain-lain | 13.04.2009 |
saya memerlukan Jurnal berkaitan dengan latihan dan pembangunan dalam sumber manusia. | Sila rujuk bahan ini : | Lain-lain | 24.07.2008 |
saya Afeeyah belajar bahasa melayu ingin pertanya, buku kemahiran membaca sejara betul. terima kasih | Bagi meningkatkan kemahiran membaca, puan perlu membaca banyak bahan ilmiah . Puan juga boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Selain itu, puan juga boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP; Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman; dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise. | Tatabahasa | 24.10.2013 |