Cadangan terjemahan untuk istilah "virgin olive oil" dan "extra virgin olive oil"? | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "virgin olive oil' dan "extra virgin olive oil". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah minyak zaitun dara dan minyak zaitun dara ekstra. | Istilah | 12.06.2016 |
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu. 2)Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali. 3)Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian. | Perkataan yang bergaris mengandungi kesalahan ejaan/tatabahasa. 1) Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu. 2) Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali. 3) Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
Salam sejahtera, Pohon semakan kesesuaian ayat bagi perkataan berikut: MENTRANSFORMASIKAN MINDA MASYARAKAT KE ARAH KEBERTANGGUNGJAWABAN TERHADAP KEPENTINGAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL. Mohon semakan bagi kesesuaian penggunaan ayat MENTRANFORMASIKAN. Adakah perkara tersebut sesuai dan boleh digunakan. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship | Perkataan "mentransformasikan" boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 21.10.2013 |
Salam sejahtera Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang dalam proses menyediakan Pelan Strategik Perbadanan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sehubungan itu, antara Teras yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: 1. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI; 2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SISA PEPEJAL YANG TERKINI, KOS EFEKTIF DAN LESTARI. Merujuk kepada Teras berikut, sukacita dipohon jasa baik tuan/puan untuk melakukan semakan kesesuaian penggunaan bahasa merujuk kepada perkataan LESTARI. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam 0322459335, 0127527042 | Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Manakala penggunaan frasa "kos efektif" tidak dibenarkan kerana tidak menetapi tatabahasa bahasa Melayu. Frasa yang boleh digunakan ialah keberkesanan kos. | Tatabahasa | 21.10.2013 |