Zalina Taib Jun 10th, 7:20pm atlit atau atlet | Ejaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete. | Ejaan | 10.06.2015 |
Zalina Taib Jun 3rd, 8:42am kak lat.. nak tanya sikit otai bm... 1.indah khabar dari rupa 2. indah khabar daripada rupa.... mana satu betul | Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, "Indah khabar daripada rupa". | Lain-lain | 03.06.2015 |
Askum..Tuan/Puan, syarat MBPJ untuk kelulusan lesen perniagaan adalah perkataan yg tertera di papan tanda ' di premis hendaklah mendapat kelulusan dari DBP. Bolehkah saya membuat permohonan melalui online sahaja. Khidmat nasihat dari pihak tuan amatlah dihargai. Yang benar, Zalina Abdullah | Untuk pengesahan iklan sila hantar permohonan melalui www.prpm.dbp.gov.my . Klik e-Perkhidmatan, kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Sila isi borang pendaftaran dan tunggu kata laluan yang akan dihantar melalui e-mel. Setelah pendaftaran disahkan, isi borang permohonan dan lampirkan visual iklan dalam bentuk jpeg tau gif. | Lain-lain | 27.11.2014 |