Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.man] | زمان

Definisi : 1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa: ~ pemerintahan British di Malaya; akhir ~ penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini; ketinggalan ~ sudah tidak sesuai lagi dgn keadaan; meninggalkan ~ sl mati; 2. kala, ketika, waktu: semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kpd kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah; 3. = umur ~ ark umur; ~ air batu = ~ ais masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yg terletak di utara garisan khatulistiwa; ~ atom masa orang menggunakan tenaga atom utk bermacam-macam keperluan atau tujuan; ~ bahari (kawi, kuno) masa yg telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala; ~ batu zaman ketika manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat; ~ dahulu (jangka) masa yg telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau; ~ depan (muka) masa yg akan datang; ~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu (pd masa senjata dll dibuat drpd gangsa); ~ gemilang masa yg makmur, masa terdapatnya kemajuan yg luar biasa (dan kemakmuran); ~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dsb); ~ jahiliah masa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab); ~ meleset masa susah (barang-barang dagangan tidak laku dsb); ~ pendudukan masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing; ~ pertengahan zaman antara zaman purbakala dgn zaman baru (dlm sejarah Eropah); ~ puntung berasap zaman kuno; ~ purbakala zaman dahulukala; ~ sekarang (pd) masa sekarang ini; ~ beralih, musim bertukar prb sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah); sezaman pd zaman yg sama; berzaman-zaman, berzaman (meliputi jangka masa yg) sangat lama; zaman-berzaman (berterusan, berpanjangan) dr suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yg sangat lama: motif Islam yg telah wujud ~, iaitu geometri; banyak negara lain yg telah lama menjalankan usaha demikian ~; penzamanan perbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd beberapa zaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.man] | زمان

Definisi : jangka waktu yg agak lama; masa: Pd ~ Jepun dahulu, kehidupan sangat susah. ketinggalan ~ sudah tidak sesuai dgn keadaan semasa. ~ air batu zaman ketika air batu menutupi sebahagian besar muka bumi. ~ atom masa atau zaman manusia menggunakan tenaga atom utk pelbagai keperluan atau tujuan. ~ batu zaman manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat-alat. ~ gangsa zaman selepas zaman batu. ~ gemilang masa yg makmur. ~ jahiliah zaman sebelum munculnya agama Islam. ~ purbakala (dahulu) zaman yg telah lama (lampau). ~ sekarang masa sekarang ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Zaman Tuk Nadur berkajang kain.

Bermaksud :

Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata sendi "pada, di, dalam" sesuai digunakan dalam frasa berikut: "pada zaman pembaruan", "di zaman globalisasi", "dalam zaman moden"? Bolehkah "dalam" atau "di" digunakan untuk menunjukkan masa?Penggunaan yang gramatis ialah pada zaman pembaharuan kerana pada menunjukkan keterangan waktu. Namun penggunaan di zaman pembaharuan dan dalam zaman pembaharuan jika boleh digunakan bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa13.01.2012
sambungan ... 1.Apa yang dimaksudkan dengan simpulan bahasa zaman bahari?Zaman bahari ialah zaman purbakalaMakna27.07.2007
Sejarah Terjemahan Malaysia : a) Terjemahan Zaman Pengaruh India b) Terjemahan Zaman Pengarauh Islam c)Terjemahan Zaman Penjajahan d)Terjemahan Zaman Pascs Kemerdekaan i) Pejabat Karang Mengarang ii) Dewan Bahasa dan Pustaka iii) Institut Penterjemah Negara Malaysia iv) IPTA Peranan dan contoh-contoh karya yang diterjemahkan. e)Akta Pelajaran Kebangsaan dan terjemahan buku teksSaudara boleh mendapatkan bahan tentang judul-judul tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia terutama tentang judul terjemahan.Lain-lain01.09.2007
menghimbau zaman persekolahan atau mengimbau zaman persekolahan?

Yang betul ialah mengimbau zaman persekolahan.

Tatabahasa08.05.2009
DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK,Bahasa Melayu kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan di zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dsbnya. Manakala bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yg serius dan abadi nilainya,  tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Terima kasih.Makna13.09.2008
Apakah yang dimaksudkan dengan ditelan zaman( berdasarkan sajak- jasamu tidak mungkin pudar ditelan zaman.Berdasarkan ayat tersebut, maksud ditelan zaman ialah hilang mengikut peredaran zaman. Maksud sesuatu ayat tersebut hendaklah berdasarkan konsep. Terutama sajak dan puisi yg mempunyai maksud tersirat.Makna24.05.2010
di zaman atau pada zaman di ketika atau pada ketika

Salam sejahtera,

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa siri tertentu.

Jawapan yang betul ialah pada zaman dan pada ketika.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.

Tatabahasa06.11.2012
menempuhi zaman atau malalui zamanKedua-dua frasa tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Tatabahasa18.07.2010
BERIKAN DEFINISI ZAMAN SERTA PRASEJARAHMaksud zaman ialah jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya). Pra sejarah pula ialah (pengetahuan mengenai masa) sebelum sejarah tertulis, zaman purbakala. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih.Makna06.06.2008
Apa itu masa?Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;Makna13.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas