1)saya ingin bertanya barkaitan dengan sejarah lagu ghazal pak ngah balik. selain itu juga saya ingin mengetahui sinopsis lagu tersebut. 2)saya masih tercari-cari pantun melayu klasik yang berkaitan maksud dengan si dara jelita sedang tenang menunggu kepulangan teruna idaman. 3)saya menyertai pesta zapin, jadi perlu menghantar sinopsis lagu dan jenis zapin. zapin yang kami bawa adalah zapin putar alam dan tajuk lagu pula ialah lagu pak ngah balik. mohon idea penulisan dari pihak anda. | Lagu Pak Ngah Balik adalah berentak ghazal (bukan zapin) dan dinyanyikan oleh Zainurin Md. Dom. Rakaman lagu ini dibuat dalam piring hitam jenis MHT A2 dengan iringan Orkes Sri Penambang Ghazal Muar pimpinan Atan Penambang. Pencipta lagu ini ialah Pak Lomak atau nama sebenarnya Haji Musa Yusof. Pak Ngah Balik Bulan mengambang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Bulanlah yang mengambang Bulan mengambang Tengah malam Bulan mengambang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Bulanlah yang mengambang Bulan mengambang Tengah malam Ahailah nampak bercahaya Nampak bercahaya dengan serinya Janganlah abang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Janganlah abang Janganlah abang berhati bimbang Hai adik pergi Adik pergi tidaklah lama Tidaklah lama Untuk mendapatkan pantun yang dimaksudkan, saudara/saudari boleh merujuk buku pantun 'Kurik Kundi Merah Saga' | Lain-lain | 26.03.2010 |
Papa pelancong terpukau oleh/akan persembahan tarian zapin yang dipersembahkan oleh kanak-kanak kelainan upaya. | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Pada beberapa hari yang lepas, saya telah pergi ke Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Negeri Johor. Ketika Pengacara Majlis mengumumkan para pemenang, dia tidak menyebut kategori-kategori yang dipertandingkan tetapi dia menyebut Piala Tahtum, Piala Tahtim, Piala Wainab, Piala Kopak, dan Piala Taksim. Kalau saudar boleh menolong saya apakah maksud Tahtum, Tahtim, Wainab, Kopak, dan Taksim?Saya berasa amat musykil sekali.Sudah berkali-kali saya mencari makna-makna perkataan ini di dalam kamus dewan tetapi tidak juga saya ketemui.Saya harap saudara dapat menolong saya. Terima Kasih. | Saudara Fakrul, Pihak kami juga tidak dapat memberikan makna perkataan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Kami mencadangkan saudara menghubungi urus setia pertandingan untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut. | Makna | 22.10.2010 |
bleh tak senaraikan beberapa tajuk lagu2 rakyat yang popularr di malaysia? | Antara tajuk lagu rakyat atau kesenian yang popular di Malaysia ialah Canggung (Perlis), Boria (Pulau Pinang), Berendoi, Berzanji (Kedah), Dabus, Dendang Siti Fatimah (Perak), Cempuling (Selangor), Dondang Sayang (Melaka), Bongai (Negeri Sembilan), Zapin (Johor), Walindung Sari (Pahang), Rodat, Watimang Landak, Ulik Mayang (Terengganu) dan Dikir Barat, Menora, Makyung (Kelantan). | Lain-lain | 06.04.2010 |
Salam 1 Malaysia. Saya ingin bertanya tentang perkataan Bharata Natyam iaitu sejenis tarian kaum India. Kenapa pihak DBP tidak senaraikan dalam Kamus Dewan? Selain itu, saya juga ada kemusykilan kerana Bharata Natyam ini sejenis tarian, adakah perlu ditulis tarian Bharata Natyam atau tarian bharata natyam? Ini kerana tarian biasanya dieja dengan permulaan huruf kecil, tetapi melalui rujukan dari internet, semua dieja dengan permulaan huruf besar. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan. | Nama tarian bharata natyam ditulis dengan huruf kecil sama seperti ngajat dan zapin. Walau bagaimanpun banyak juga penerbitan yang menulis nama tarian dengan huruf besar dan hal itu bukanlah satu kesalahan, malah dianggap sebagai gaya khas (house style) sesebuah syarikat. | Ejaan | 28.10.2012 |