Ayat yang betul : Zarina sangat rindu pada neneknya atau Zarina sangat rindu akan neneknya. | Zarina sangat rindu pada neneknya dan Zarina sangat rindu akan neneknya, kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 24.10.2016 |
Salam, betulkah ayat ini? Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan di bandar. Atau adakah perkataan 'berjalan' perlu digantikan kepada 'berjalan-jalan'? Jika tidak ditukar, adakah salah ayat ini? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan-jalan di bandar". Kata kerja berjalan lazimnya merujuk perbuatan berjalan itu sendiri seperti "kanak-kanak itu mulai berjalan setelah digamit ibunya". | Tatabahasa | 06.05.2014 |
A. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut, tolong perbetulkan dan jelaskan mengapa ? 1. Zarina berasa kecewa kerana terpaksa memecahkan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. 2. 'Malaysia, di sini lahirnya sekeping cinta ' merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai campak keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajar Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan taraf keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Sempena jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah sebab saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimana hendak tukarkan ayat tanya songsang kepada ayat tanya biasa bagi ayat berikut : 1. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa untuk membawa kunci ? C. Apakah peribahasa yang sesuai bagi kedua-dua ayat berikut ? 1. Pengadil bola keranjang itu dicemuh oleh penonton kerana bersikap _____________ ketika mengadili perlawanan. 2. Kehidupan keempat-empat anak yatim piatu di hujung kampung itu sungguh daif dan melarat umpama ________ . Terima kasih. | 1. Zarina merasa kecewa kerana menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata yang tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat penggunaan kata yang tepat, sila rujuk kamus atau layari laman web kami di www.prpm.dbp.gov.my. Ruang yang terhad ini tidak dapat menghuraikan satu demi satu kesalahan dan ayat selepas ini telah diperbaiki. 2. "Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta", merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai buang keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajarkan Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan tahap keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Bersempena dengan jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah kerana saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa membawa kunci C. Sila rujuk penggunaan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat melalui laman web kami. | Tatabahasa | 23.09.2015 |
Assalamualikum Boleh ke saya membuat semakan pada papan iklan cafe secara online. Sekian TErima Kasih Zarina Aliamaju (M) Sdn BHd 0193301121 | Sila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila klik domain KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA dan daftar untuk pelanggan yang baharu mendaftar. Kemudian lampirkan visual iklan dan segala maklum balas akan diberikan melalui e-mel yang didaftarkan. | Lain-lain | 31.10.2015 |
Salam, Saya memerlukan khidmat nasihat dalam penulisan untuk terjemahan ayat berikut: Bahasa Inggeris : Availability of female doctors Bahasa Malaysia: Ketiadaan doktor wanita Apakah terjemahan terbaik untuk bacaan umum bagi ayat Bahasa Inggeris di atas?Bolehkah terjemahan Bahasa Malaysia di atas diterima? Kerjasama anda amat saya hargai. Terima kasih. -Zarina- | Availability bermaksud adanya, wujud atau terdapat. Availability of female doctors boleh diterjemahkan kepada Kewujudan doctor wanita. | Tatabahasa | 06.02.2015 |
Salam 1 Malaysia. Apakah itu laras bahasa undang-undang dan laras bahasa teknikal ?? Saya betul-betul tak faham dan keliru dalam penggunaan tatabahasa. Dalam kontrak perjanjian, adakah laras bahasa di atas? Untuk perhatian pihak tuan, disini saya melampirkan contoh teks kontrak untuk diteliti dari segi penggunaan tatabahasa dan kosa kata termasuk huruf besar dan kecil. Segala pembetulan menggunakan bahasa Melayu yang sebenar amatlah diharapkan. | Puan Noor Zarina, Laras atau ragam bahasa merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam bidang khusus seperti perundangan, perubatan, teknikal dan sebagainya. Laras bahasa perundangan dan laras bahasa teknikal sudah tentu berbeza antara satu sama lain dari segi penggunaan kata, istilah dan susunan ayatnya. Bahan yang dilampirkan untuk semakan bahasa akan dikirimkan melalui alamat e-mel puan sebaik saja siap disemak. Terima kasih. | Lain-lain | 21.10.2010 |
Siapa saya dalam buku Salina | Pertanyaan saudara tidak jelas. Adakah saudara bermaksud ganti nama saya itu adalah merujuk saudara sebagai pembaca teks novel Salina atau sebagai ganti nama saya yang merujuk pada watak-watak tertentu dalam novel Salina. Jika soalan saudara itu merujuk diri saudara sebagai pembaca teks, maka saudara sendirilah yang menentukannya mengikut perspektif saudara hasil daripada dapatan bacaan saudara. Jika saudara bermaksud untuk merujuk ganti nama saya itu sebagai merujuk pada watak tertentu dalam novel Salina maka saudara akan menemui puluhan ganti nama saya digunakan secara meluas untuk merujuk ganti nama bagi watak-watak seperti Zarina, Siti Salina, Benggali dan sebagainya. Sila pastikan maksud/tujuan sebenar soalan yang saudara kemukakan. salam takzim | Lain-lain | 11.11.2010 |