Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zat] | ذات

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan wujudnya sesuatu benda; 2. bahagian drpd sesuatu benda, pati atau inti drpd sesuatu (spt makanan dll); ~ Allah wujudnya Allah yg berdiri dgn sendirinya; ~ hijau klorofil; ~ makanan vitamin; berzat mengandungi zat: makanan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zat] | ذات

Definisi : 1 hakikat; wujudnya: ~ Allah. 2 sesuatu yg mewujudkan sesuatu benda atau yg menjadi bahagian drpd sesuatu yg lain; unsur (dlm kimia). 3 pati atau inti drpd sesuatu (spt makanan). ~ Allah wujudnya Allah, yg wujud dgn sendirinya. ~ hijau klorofil. ~ kapur kalsium. ~ larutan bahan yg larut dlm bahan lain. ~ makanan zat yg terdapat dlm makanan dan diperlukan oleh tubuh. berzat mempunyai atau ada zat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin tanya: Buah-buahan mengandungi banyak zat atau buah-buahan banyak mengandungi zat? Terima kasihBuah-buahan mengandungi banyak zat / buah-buahan banyak mengandungi zat, kedua-duanya betul. Perkataan banyak boleh berfungsi sebagai kata bilangan dan kata adjektif (sifat). Banyak yang berfungsi sebagai kata bilangan mesti hadir sebelum benda, manakala kata banyak sebagai kata adjektif berfungsi sebagai kata penguat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225 dan 287. Tatabahasa17.05.2010
Salam Sejahtera, Kali ini, saya ingin bertanya tentang penggunaan "banyak" dalam ayat. 1. Perkataan "banyak" hadir sebelum atau selepas kata kerja, contoh: Ayat 1: Ahmad membaca banyak buku ....... atau Ahmad banyak membaca buku. Ayat 2: Buah-buahan tempatan membekalkan banyak zat kepada kita. atau Buah-buahan tempatan banyak membekalkan zat kepada kita. Saya berharap tuan dapat menjelaskan penggunaan "banyak" lebih lanjut. Sekian, terima kasih Andrew TanPerkataan banyak boleh berfungsi sebagai kata bilangan dan kata adjektif (sifat). Banyak yang berfungsi sebagai kata bilangan mesti hadir sebelum benda, manakala kata banyak sebagai kata adjektif berfungsi sebagai kata penguat. Kata adjektif boleh menerima kata penguat tetapi kata penguat tidak semestinya menjadi penanda kepada kata adjektif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225 dan 287. Tatabahasa18.08.2009
Assalamualaikum, saya seorang guru sekolah rendah pengkhususan pendidikan seni visual. saya telah hasilkan sebuah novel grafik /komik berilmiah untuk bacaan kanak-kanak, mempunyai jalan cerita seperti sebuah komik tetapi berteraskan pendidikan pengkhususan nutrien pemakanan, ia telah disemak oleh pegawai zat makanan daerah di sekolah. Adakah pihak tuan boleh mencadangkan bagaimana untuk saya mengetengahkan karya ini ke pasaran? untuk makluman, sebelum ini saya telah pun menghasilkan sebuah novel grafik/ komik yang lain untuk syarikat penerbitan buku Pekan Ilmu Publication, ianya telah diterima, namun hampir 2 tahun ia masih tidak diterbitkan.Salam Sdr. Yazid, Tahniah kerana berjaya menghasilkan buku dalam bentuk komik. Sekiranya novel sdr. telah lengkap (teks dan ilustrasi), bolehlah diajukan ke DBP untuk dinilai. Memang pihak kami sedang merancang untuk menerbitkan karya/buku informatif kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang karya yang telah diberikan kepada syarikat lain (menunggu untuk proses penerbitan). Sila hantar manuskrip kepada Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain14.06.2012
Saya keliru dengan beberapa perkataan arab sama ada perlu ditransliterasi atau tidak kerana perkataan arab yang sudah menjadai sebutan umum bm, tidak perlu ditransliterasi lagi.Perkataannya ialah- ibadah,solat, tawaf, liwat, nikah, fasakh,ulama, fuqaha,syara',biah,wuduk,aib, aqli,al-Quran, al-Sunnah, reda(maksudnya rela).Harap tuan dapat membantu adakah perkataan di atas perlu ditransliterasi atau tidak.

Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya; sahabat, darurat, hakim, izin, kubur, zat, zalim dan sebagainya. Manakala istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan kaedah transiliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi. Contohnya; hadith, isti'mal, qunut, riya' dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi, terbitan DBP.

Tatabahasa16.02.2010

Kembali ke atas