Apakah perkataan terjemahan yang sesuai untuk Ground Zero, contohnya: The place where the World Trade Center stood in New York City before it was destroyed in an attack on 11 September, 2001: They printed a photograph of firefighters at Ground Zero. Ground zero has become a tourist landmark. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah ground zero ialah sifar bumi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.07.2023 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang betul untuk "zero entry cost" dan "“zero moving cost” (rujukan: dokumen polisi Prohibited Business Conduct Bank Negara Malaysia)? Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi perkataan zero entry cost dan zero moving cost. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut: i. Zero entry cost: kos kemasukan sifar ii. Zero moving cost: kos pemindahan sifar | Penyemakan dan penterjemahan | 23.07.2019 |
Zero tolerance | toleransi sifar | Istilah | 20.07.2011 |
Tuan/Puan apakah istilah Bahasa untuk zero-emission vehicle? Terima kasih. | Kami mencadangkan "zero-emission vehicle" diterjemahkan sebagai kenderaan sifar bahan buangan, kenderaan tanpa pelepasan karbon, kenderaan bebas emisi. Bergantung pd konteks dan konsep kenderaan tersebut. | Makna | 26.09.2020 |
Untuk penulisan glosori, apakah yang dimaksudkan dengan Zero Fill, prapanel, dispiralkan untuk penulisan pengurusan risiko Terima kasih | Dalam pangkalan data kami, padanan bahasa Melayu untuk zero fill ialah isi sifar (bidang Kejuruteraan). Tiada takrif diberikan untuk istilah tersebut. Istilah prapanel dan dispiralkan juga tidak ada dalam pangkalan data kami. | Istilah | 26.01.2011 |
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge 2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana 3. high definition television – televisyen definisi tinggi 4. catch-all – rangkum semua 5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC) 6. hand router – penghala tangan 7. cleat – tetupai 8. infinity pool – kolam infiniti 9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV | Istilah | 14.03.2017 |
Saya mempunyai satu kemusykilan berkaitan dengan moto sekolah di tempat saya mengajar iaitu PERJUANGAN NON ZERO. Saya dapati wujud percampuran bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Adakah percampuran bahasa ini dibenarkan atau menjadi kesalahan yang perlu diperbetulkan. Apakah pandangan pihak tuan berkenaan hal ini ? | Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan mempunyai impak yang sangat besar kepada pelajar dan masyarakat. Sekolah dari segala aspek perlulah sentiasa dalam keadaan baik (dan betul) seperti bilik darjah, persekitaran dan juga segala sesuatu yang dikaitkan dengan citra sekolah termasuklah moto sekolah. Penggunaan bahasa bercampur harus dielakkan dalam memaparkan citra sekolah. Banyak perkataan lain yang boleh kita gantikan dengan perkataan non zero dalam ungkapan "Perjuangan Non Zero". Lazimnya elemen yang dikaitkan dengan perjuangan ini ialah sesuatu yang hebat dan mengesankan seperti "perjuangan tiada berpenghujung". | Tatabahasa | 27.01.2014 |
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang penterjemahan suatu istilah yang saya lihat seperti disalahterjemah di dalam akhbar. Ini adalah contoh ayat dari sebuah akhbar tempatan: “KPM (Kementerian Pendidikan) akan pastikan hal ini tidak berulang lagi selari dengan pelaksanaan zero reject policy (dasar penolakan sifar) yang diumumkan baru-baru ini.” Apakah istilah Bahasa Melayu bagi "zero reject policy"? Saya lihat akhbar-akhbar tempatan menterjemahnya sebagai dasar penolakan sifar, yang pada pendapat saya agak mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan konteks kerana membawa maksud yang agak berbeza dengan apa yang dimaksudkan dalam situasi ini (situasi berkenaan seorang pelajar yang hampir tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana tidak mempunyai kad pengenalan). Tetapi mungkin pihak tuan/puan mempunya pendapat berbeza. Harap boleh bantu. Terima kasih. | "Zero reject policy" boleh diterjemahkan sebagai dasar penolakan sifar. | Istilah | 21.11.2018 |
Apakah terjemahan bagi perkataan "keystone"? Contoh penggunaan ayat: "The country is a leader in marine protection and has zero loss of keystone species." | 1. Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud keystone ialah 1. baji batu; 2. (fig.) asas, teras. Jika lihat kepada contoh ayat yang diberikan, terjemahan yang sesuai bagi keystone species ialah spesies asas.
| Makna | 02.10.2017 |
Assalamualaikum, Saya adalah seorang pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UPM. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak DBP dengan mewujudkan laman web ini yang telah saya gunakan sekian lama. Cuma,saya tertarik untuk memberikan pendapat terhadap satu istilah yang digunakan di dalam bidang kejuruteraan, iaitu pole-zero, di mana ia telah ditafsirkan dalam bahasa melayu sebagai kutub-sifar. Bagi saya penggunaan perkataan kutub di sini adalah tidak tepat kerana pole yang dimaksudkan di sini tidak sama seperti di dalam bidang lain contohnya yang merujuk kepada kutub utara atau selatan medan magnet. Di dalam sistem kawalan, perkataan pole digunakan untuk merujuk kepada nilai yang menyebabkan satu transfer function (rangkap pindah) infiniti. Dengan kata lain sekiranya magnitude rangkap pindah tersebut dilakarkan secara 3-dimensi, nilai yang berada di kedudukan tersebut akan kelihatan seperti tiang (dalam bahasa inggeris =pole). Jadi pole di sini bukan merujuk kepada kutub, tetapi tiang dan saya rasa ia perlu dibetulkan untuk memberi kefahaman sebenar istilah tersebut. Saya sedia dihubungi untuk berbincang lanjut perkara ini. Sekian, terima kasih. Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban Universiti Putra Malaysia | Terima kasih atas keprihatinan dan maklumat YBhg. Prof. berikan. Dalam bidang peristilahan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi (dulunya Bahagian Peristilahan), DBP menyelenggara jawatankuasa istilah sesuatu bidang. Pensyarah atau pakar dalam sesuatu bidang dilantik menganggotai jawatankuasa istilah. Sehubungan dengan itu, maklumat yang disampaikan oleh YBhg. Prof telah kami salurkan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk diambil maklum dan tindakan selanjutnya. | Istilah | 04.06.2014 |