Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zi.kir] | ذيکير

Definisi : Ar perbuatan mengingati Allah dgn menyebut kalimah spt astaghfirullah, Allahuakbar, sama ada dgn lidah (zikir jali/jahri), atau dlm hati (zikir sirri/khafi); berzikir menyebut-nyebut nama Allah dan mengingati Allah; dikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zi.kir] | ذيکير

Definisi : puji-pujian, doa dsb kpd Allah yg diucapkan berulang-ulang. berzikir mengucapkan puji-pujian, doa dsb kpd Allah berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zikir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah penggunaan dengan di bawah tepat? Encik Zikir memperuntukkan masa bersama-sama dengan keluarganya tiap-tiap hari walaupun beliau sibuk.Ayat yang tepat ialah "Encik Zikir memperuntukkan masa bersama-sama keluarganya tiap-tiap hari walaupun sibuk."

Penggunaan perkataan "bersama-sama" dan "dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.
Tatabahasa08.07.2013
Assalamualaikum wbt. Soalan saya ialah : Zikir malam berpanjanglah. Betulkan perkataan "Berpanjanglah" ? Kalaumsalah mohon diperbetulkan.Perkataan berpanjang wujud dalam Kamus Dewan. Perkataan "berpanjanglah" telah menerima partikel -lah. Ayat yang lebih betul ialah "Berpanjanglah zikir malam".Tatabahasa21.04.2013

Kembali ke atas