bagaimanakah hendak mncari sesuatu bahan rujukan/artikel dengan cepat dan sumber yang betul...cth: modul zina?kempen penggunaan bahasa melayu yang berkesan? | Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan dengan tajuk yang diperlukan di perpustakaan. | Lain-lain | 21.10.2010 |
slogan merupakan kata yang pendek tetapi memberi kesan. siapakah yang mencipta slogan kami prihatin dan anda bijak jauhi zina? | Pertanyaan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila rujuk organisasi yang menggunakan/menguar-uarkan slogan berkenaan. | Lain-lain | 13.01.2011 |
Apa beda antara "sumbang mahram" dengan "sumbang muhrim"? | Dalam Kamus Dewan, terdapat istilah sumbang mahram yang bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota dalam sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan ayah dengan anak perempuannya. | Makna | 05.09.2013 |
para penonton diminta duduk supaya tidak kelihatan sumbang. (tuan, sumbang adalah salah dan patut digantikan dengan perkataan apa? tq | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan sumbang bermaksud 1. tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal 2. tidak betul perbuatannya; salah; silap 3. tidak mengikut adat kesopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina dll). Perkataan sumbang boleh digantikan dengan perkataan lain, misalnya janggal, pelik, dan sebagainya, bergantung pada konteks penggunaannya. | Makna | 09.09.2011 |