Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana nak eja ذُو نُوَاس dalam rumi? Zunuwas atau Zu Nuwas atau Zu-Nuwas atau zu-Nuwas? Kalau boleh saya tak mahu Dhu Nuwas, seperti yang dirumikan oleh bahasa Inggeris.Ejaan Rumi untuk ذُو نُوَاس ialah "Zu Nuwas".Lain-lain05.08.2025
Saya ingin bertanya...apakah sebutan yang betul bagi perkataan "ZOO". Adakah /zu/ atau /zo/? Jika /zu/, adakah perkataan "ZOO" tergolong dalam fonetik BM "ZO"? Harap diperjelaskan..Sebutan yang tepat ialah /zu/.Lain-lain02.08.2011
Irdina Zu Jul 18th, 3:47pm Assalamualaikum. Boleh tak kenalkan saya dengan mana2 guru bahasa melayu utk sy mudah saya rujuk bahasa atau saya boleh rujuk terus di page ini? Terima kasih.Untuk pertanyaan bahasa, puan boleh layari www.prpm.dbp.gov.my dan klik ke ruang e-perkhidmatan. Seterusnya, klik ke ruangan Khidmat Nasihat DBP. Puan perlu mendaftar masuk dan mengemukakan pertanyaan berkaitan bahasa, penerbitan, korporat dan pentadbiran DBP. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya.Tatabahasa18.07.2014
Mengapakah perkataan Zoo dieja sebagai "Zoo"? Bukankah mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia, "oo" diganti dengan "u"? Bukankah sepatutnya "Zoo" dieja sebagai "Zu". Terima kasih. Rujukan: https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/modul-bmm3112-topik-7-iankaka.pdf

Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, penyesuaian ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dibuat menurut peraturan penyesuaian huruf termasuklah perkataan zoo yang dikekalkan ejaannya seperti ejaan asal.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, halaman 13-17.

Tatabahasa18.10.2022
Salam sejahtera, Apakah maksud simbol ® dalam daftar kata dalam PRPM? Contoh ®zuhur. Terima kasih. NH Azizan - Vavtes Studio -Pada naskhah bercetak Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tanda yang digunakan ialah tanda anak panah yang apabila data daripada kamus tersebut dimasukkan ke dalam PRPM, tanda itu menjadi ®. 

Tanda anak panah bererti lihat. Tanda tersebut bermaksud pengguna bahasa perlu merujuk kata yang disarankan (biasanya ejaan yang standard/baku).

Contoh:
zohor ® zuhur.

Terdapat penggunaan kata zohor oleh masyarakat yang sepatutnya dieja zuhur. Maklumat mengenai makna kata tersebut juga berada pada entri yang dirujuk, iaitu zuhur.

zuhur [ẓu.hur] ظهر
Definisi : Ar 1. = waktu ~ waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn kayu dsb yg menjadi pengukurnya; 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu zuhur. 
Lain-lain22.11.2023

Kembali ke atas