Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zubaidah

Puisi
 

Siti Zubaidah menjadi raja,
     Menjadi raja negeri Yunan;
Apakah sudah berpandang mata,
     Kalau tak dapat menjadi ponan.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Ejaan yang betul bagi pokok bunga siti zubaidah (nama pokok) ialah "Siti Zubaidah" atau "siti zubaidah" (semua huruf kecil) jika berada di tengah ayat? Begitu juga dengan kacip fatimah, buluh burma dan tongkat ali? Terima kasih.Nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali pada awal ayat kerana nama pokok merupakan kata nama am. Dalam pangkalan data kami, tongkat ali dan kacip fatimah ditulis dengan huruf kecil. Oleh yang demikian, nama pokok siti zubaidah juga ditulis dengan huruf kecil jika berada di tengah ayat.Ejaan26.06.2019
Salam. Saya Dr Zubaidah dari Hospital Pulau Pinang. Saya perlukan bantuan untuk terjemahan teks untuk kajian saya. Lampiran teks sebenar adalah dalam bahasa Inggeris dan saya memerlukan diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Saya tidak pasti jika ada khidmat untuk terjemahan teks dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Saya berharap dapat jawapan dari pihak tuan. Saya lampirkan teks asal. Terima kasihUntuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan20.04.2021
Maksud perkataan kebayat negara?

Kebayat Negara atau Kembayat Negara merupakan nama lama bagi wilayah kerajaan Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja. Kebayat Negara turut dinyatakan dalam “Syair Siti Zubaidah Perang Cina” atau “Syair Siti Zubaidah” yang mengisahkan cinta, keberanian dan ketaatan Siti Zubaidah untuk membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin yang ditawan oleh puteri dari China.

Sastera05.03.2020
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Muhammad, Puan Fatimah, Saudara Nurmin, Saudari Jamilah, Pak Cik Atan, Bonda Zubaidah dan Anakanda Ardiana. Tepatkah penggunaan huruf besar dalam ayat contoh ini? Terima kasih.Dalam penulisan rasmi hanya dua sapaan sahaja yang digunakan bagi yang tidak bergelar iaitu Tuan (Encik) dan Puan seperti Tuan Ahmad (Encik Ahmad) dan Puan Jamilah. Sapaan seperti saudara, saudari, bonda, pak cik, makcik dan sebagainya digunakan dalam ranah tidak rasmi atau dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanpun jika ada keperluan menggunakan sapaan tersebut dalam urusan rasmi bentuk pengejaan yang diberi betul.Tatabahasa15.05.2012
apakah yang dimaksudkan dengan 'persuratan'?Persuratan: perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu.Makna16.09.2009
Salam satu Malaysia, Tuan/Puan, Saya ingin mengajukan satu solan. Adakah saya boleh mengembangkan atau mengasah bakat dalam dunia sastera dan penulisan? Jika ya, bolehkah pihak tuan memberikan email-email yang boleh digunakan untuk saya menghatar karya? Adakah pihak tuan memberi sebarang saguhati? Terima Kasih atas nasihat.Salam Sejahtera. Saudara, boleh menghantar karya penulisan kreatif kepada editor majalah terbitan DBP, bayaran honorarium berupa wang tunai akan diberikan jika karya yang dihantar terpilih untuk siaran. Editor Dewan Pelajar (Siti Zubaidah Sekak, zubaidah@dbp.gov.my">zubaidah@dbp.gov.my), Editor Dewan Siswa (Haziah Che Husin, haziah@dbp.gov.my), Editor Tunas Cipta (Siti Noorisa Abd. Khlil, sitinoorisa@dbp.gov.my), Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti, fadhli@dbp.gov.my). Bagi tujuan meengikut kursus penulisan, Saudara boleh berhubung dengan Ustaz Haji Azman bin Ahmad, Bahagian Pengembangan Bakat dan Kepakaran (azman_a@dbp.gov.my). Selamat Berkarya.Pembinaan Bakat14.07.2014
Baginda ________ di Istana Meranti itu semenjak ditabalkan sebagai Sultan di Kebayat Negara. Saya nak tahu apakah maksud kebayat negara?
Kebayat Negara atau Kembayat Negara merupakan nama lama bagi wilayah kerajaan Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja. Kebayat Negara turut dinyatakan dalam “Syair Siti Zubaidah Perang Cina” atau “Syair Siti Zubaidah” yang mengisahkan cinta, keberanian dan ketaatan Siti Zubaidah untuk membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin yang ditawan puteri dari China.
Sastera05.03.2020
Mohon tuan/puan untuk menterjemahkan jabatan-jabatan di bawah dalam bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia: 1.Property & Project Management 2. Compliance 3. Business Support Maklumbalas daripada pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih Pertanyaan ini telah diajukan kepada Siti Zubaidah Binti Zainal Abidin pada hari Rabu 21 Ogos 2013 Jam 3:53 petangTerjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. Property & Project Management - Pengurusan Harta dan Projek
2. Compliance - Kepatuhan
3. Business Support - Sokongan Perniagaan
Istilah26.08.2013

Kembali ke atas