Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
waris (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penama: penerima harta, penerima pusaka, anggota keluarga, darah daging, adik-beradik, sanak saudara, kemanakan,

2. Bersinonim dengan penjaga: pengasuh, penyelenggara, pemelihara,

Kata Terbitan : mewarisi, mewariskan, warisan, pewaris,

Puisi
 

Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang,
     Hendak bersafar ke Tanjung Keling;
Kalau semua orang berambut panjang,
     Apatah hal nasib si tukang gunting?


Lihat selanjutnya...(17)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
raja I1 orang yg mengetuai dan yg memerintah sesebuah negara atau bangsa secara warisan: Sesudah Perang Dunia Kedua, ~ Itali telah turun takhta. 2 gelar orang bangsawan yg berketurunan sultan. 3 orang (badan) yg berkuasa; pemerintah: Kompeni Inggeris kembali semula menjadi ~ di Melaka. 4 orang yg berkuasa dan besar pengaruhnya dlm sesuatu lingkungan perusahaan atau kepentingan (spt perusahaan minyak, kewangan): ~ minyak. 5 nama buah catur yg terpenting. ~ agas orang yg berbadan kecil tetapi berani. ~ bola pemain bola sepak yg handal. ~ laut laksamana. ~ muda anak raja bakal pengganti raja; tengku mahkota. ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri atau negara. ~ sehari pengantin. beraja 1 menjadi raja; berlaku sbg raja: Dia ~ di mata, bersultan di hati. 2 mempunyai raja: Adat negeri itu tiada ~. berajakan mempunyai atau menganggap seseorang sbg raja; beraja kpd; bertuankan: Orang Melaka sangat kasih akan beliau dan setuju ~ beliau. merajai 1 menjadi raja di; memerintah: Bagindalah yg mula-mula ~ negeri Perak. 2 menguasai diri. merajakan mengangkat menjadi raja; menobatkan: Setelah Sultan Ali mangkat, pembesar-pembesar Perak telah ~ Raja Ismail sbg gantinya. kerajaan 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Thailand. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. berkerajaan ada kerajaannya; mempunyai kerajaan (sbg pemerintah): Mereka bertindak utk mencapai kebebasan dan kekuasaan politik ke arah ~ sendiri. perajaan perihal (cara dll) merajai atau merajakan: Sistem ~ berterusan mengikut giliran di kalangan raja-raja Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
raja I1 orang yg mengetuai dan yg memerintah sesebuah negara atau bangsa secara warisan: Sesudah Perang Dunia Kedua ~ Itali telah turun takhta. 2 gelar orang bangsawan yg berketurunan sultan. 3 orang (badan) yg berkuasa; pemerintah: Kompeni Inggeris kembali semula menjadi ~ di Melaka. 4 orang yg berkuasa dan besar pengaruhnya dlm sesuatu lingkungan perusahaan atau kepentingan (spt perusahaan minyak, kewangan dll): ~ minyak. 5 nama buah catur yg terpenting. ~ agas orang yg berbadan kecil tetapi berani. ~ bola pemain bola sepak yg handal. ~ laut laksamana. ~ muda anak raja bakal pengganti raja; tengku mahkota. ~ sehari pengantin. beraja 1 menjadi raja; berlaku sbg raja: Dia ~ di mata bersultan di hati. 2 mempunyai raja: Adat negeri itu tiada ~. berajakan mempunyai atau menganggap seseorang sbg raja; beraja kpd; bertuankan: Orang Melaka sangat kasih akan beliau dan setuju ~ beliau. merajai 1 menjadi raja di; memerintah: Bagindalah yg mula-mula ~ negeri Perak. 2 menguasai diri. merajakan mengangkat menjadi raja; menobatkan: Setelah Sultan Ali mangkat pembesar-pembesar Perak telah ~ Raja Ismail sbg gantinya. kerajaan 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Negeri Thai. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar dsb. berkerajaan ada kerajaannya; mempunyai kerajaan (sbg pemerintah): Mereka bertindak utk mencapai kebebasan dan kekuasaan politik ke arah ~ sendiri. perajaan perihal (cara dll) merajai atau merajakan: Sistem ~ berterusan mengikut giliran di kalangan raja-raja Melayu.Kamus Pelajar
tinggal I1. diam (di), menetap: sejak dr kecil lagi ia ~ di bandar itu; saya ~ di rumah ayah saudara saya; 2. terus berada di (tidak berundur dr), masih ada (di sesuatu tempat): saya tidak boleh ~ lama di sini kerana banyak kerja di rumah; esok siapa mahu ~, ~lah, saya mahu pergi juga; 3. yg ada lagi, bakinya, berbaki, bersisa: setelah ditolak segala perbe­lanjaan ~ tiga puluh ringgit sahaja; kuih yg dihidangkan habis dimakannya, tidak ada yg ~; 4. terkebelakang (drpd orang lain dll), ada di belakang, tidak turu maju (naik darjah dll): mereka semua terus maju ke hadapan, kita juga yg ~; murid yg lulus dlm peperik­saan dinaikkan darjah, yg gagal ~; 5. sudah berlalu (lampau), tidak berlaku atau kedapatan lagi (bkn peristiwa, keadaan hidup, dll): corak masyarakat yg kuno itu sudah ~, diganti dgn cara hidup yg moden; 6. tetap (kekal, selalu) spt hal atau keadaannya yg sedia (yg demikian): akibatnya yg kaya bertambah kaya dan yg miskin ~ miskin; tidak ~ tidak selalu (sentiasa); 7. mengabaikan, melalaikan, melupakan, mencuaikan: ia sangat beribadat orangnya dan tidak ~ sembahyang; tidak ~ tidak mengabaikan; 8. hanya perlu ..., tidak payah membuat apa-apa kecuali ...: perse­diaan menyambut hari raya sudah siap, ~ menanti harinya sahaja; 9. terpulang (ter­serah, terletak) pd, bergantung pd: kata putus mengenai perkara ini ~ pd pengurus syarikat; 10. yg didiami (diduduki); rumah (tempat) ~ rumah (tempat) yg didiami; 11. yg dikosong­kan (ditinggalkan): maka adalah kelakuan negeri itu spt negeri ~, sunyi tiap-tiap kedai dan pasarnya; ladang ~; ~ arwah sudah meninggal; ~ baka yg ada hanya keturunan; ~ tulang sangat kurus; bertinggal = ~ kata berpesan (sebelum berangkat); meninggal = ~ dunia kembali ke rahmatullah, mati: ayahmu yg telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat; meninggali 1. menduduki, mendiami: rumah itu sekarang ditinggali oleh cucu-cicitnya; 2. membiarkan tinggal sesuatu (utk), memberi pusaka: Raja Umar ditinggali baginda belanja emas urai empat kati; meninggalkan 1. membiarkan (mendiam­kan) sahaja pd tempatnya (keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung utk pergi ke bandar men­cari pekerjaan; 2. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur; 3. membiarkan ber-baki, menyisakan: tidak dihabiskan makan­­an itu, ditinggalkan sedikit utk anaknya; 4. memberi (kpd), mewariskan, mem­beri (bekas-bekas, kesan, dll), meng­akibatkan: ~ pesanan; ~ harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di hatinya; 5. membiarkan sahaja (tidak meng­ambil, mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll): sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu; 6. sudah melebihi (me-lampaui, melewati, mendahului, mengatasi): dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan; 7. tidak memasukkan ke dlm per-timbangan (perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yg kurang penting; 8. membuang (adat dll), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan (mengosong­kan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita; 9. tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajib­an dll), mencuaikan (mengalpakan, melalai­kan): ~ kewajiban; tertinggal 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. ter­ke­belakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya; tinggalan 1. sesuatu yg ditinggalkan: wang ini sahajalah ~ ayahnya; 2. sisa; 3. ark = peninggalan; ketinggalan 1. yg tinggal baki, kelebihan, sisa: belum dijelaskan semua hutangnya, masih ada ~; 2. tertinggal (dgn tidak sengaja), tidak dibawa dll (kerana terlupa, khilaf, dll), kelupaan: rokokku tidak ada dlm saku, ~ di kereta; 3. terbelakang (dlm pelajaran, kema­juan, dll), tercicir: apabila sudah khayal tentu­-lah mereka akan ~ dlm pelajaran; 4. (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dll): kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam; 5. = ~ zaman tidak seimbang (sesuai) dgn keadaan (kebiasaan dll) zaman: sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman; tidak ~ tidak alpa, (lalai, lengah), tidak mahu terbelakang (melakukan sesuatu): ia tidak pula ~ drpd menolong ibu bapanya; peninggalan 1. sesuatu yg ditinggalkan, pusaka, warisan: ~nya, sebuah buku, seka­rang ini terletak di hadapan saya di atas meja; harta ~ harta pusaka; 2. = sepeninggalan seberangkatan, sepemer­gian, sesudah matinya: sepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra; 3. sesuatu sisa atau bekas dr zaman dahulu (purbakala): saya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya; peninggal 1. = sepeninggal setelah (ber-angkat, berlalu), seberangkat, sepergi: adapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau mengatur perang; sepeninggalnya datang­lah adiknya; 2. = sepeninggal setelah meninggal (mati): sepeninggal Suyono beredar mata Leman melihat ke dinding lantaran malu; 3. sl yg ditinggalkan, pusaka: maka datanglah Raja Kida Hindi dgn pelbagai permata ~ datuk neneknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tua I1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur: ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; anak dara ~ anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut; orang ~ a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya; 2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa kita yg tua sekali; pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita yg tua sekali; saudara ~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita; 3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno: saya sudah ~ di dlm kesatuan ini; Bandar Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama (sudah dipakai); besi ~ a) besi yg sudah lama (sisa barang-barang; b) besi yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham baru atau moden); harta ~ harta pusaka (warisan); 4. = tua-tua ki kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap ber-pengetahuan dan berpengalaman): ~ kam-pung ini menjalankan undang-undang adat sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang Id kepala pedagang; ~ kampung penghulu kampung; ~ rumah kepala keluarga (isi rumah); 5. ki sudah larut (malam): malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi; 6. bertuah, berkhasiat (bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang; 7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dll): jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~; 8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasuk­kan ikan ke dlm kuali; 9. agak kehitam-hitaman (lwn cerah), pekat (warna): biru ~; merah ~; warna ~ warna yg tidak cerah; 10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~; ~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi buruk perangainya); ~ cendawan orang yg berumur tetapi tidak bijak; ~ ganyut sangat tua; ~ kejemur Jk, bk (orang yg) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk); ~ keladi a) orang yg tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dll); b) Kl orang tua yg mempunyai banyak anak; ~ kotai (orang yg) sangat tua; ~ kutuk bk = ~ lara orang tua yg buruk perangainya; ~ leler = ~ lontok = ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah; ~ nipah Kl (orang yg) tua dan bodoh; ~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yg bukan-bukan; ~ teberau Kl (orang yg) sangat tua dan lemah otaknya; ~ tebu (orang yg) semakin tua semakin cergas; bandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~ prb sudah terlambat; berdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit jema prb orang yg terlalu marah yg hanya meme­kik-mekik sahaja (tidak berani memukul dll); sudah ~ dr kakak, sudah cerdik dr mamak prb anak muda yg takbur (tidak mahu ber­muafakat lagi dgn keluarganya dlm sesuatu pekerjaan); orang ~ diajar makan pisang prb sia-sia mengajar orang yg sudah pandai; tua-tua 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; bertua-tua Mn 1. = bertua-tuaan meng­ikut umur (yg tua dahulu, yg muda kemudian); 2. bersuami isteri sampai tua; menua menjadi tua: hanya ada pd orang-orang yg telah ~; menuakan 1. menjadikan tua: ~ buah di pokok; ~ diri; ~ emas; ~ warna; 2. menge­palai, memimpin; 3. memilih (mengangkat, melantik) sbg tua-tua (kepala dll); 4. menyifatkan (memandang) lebih tua (drpd), mengakui sbg orang tua (yg perlu dihormati dsb): yg tua kita tuakan, yg muda pula haruslah menga-lah; 5. mengahwinkan; tertua 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin; ketua pemimpin, kepala; ketuaan 1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya); 2. perihal tua (sudah berumur): tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh; ketua-tuaan spt seorang tua-tua (ketua): dia bercakap dgn gaya ~ menasihati mereka; pengetua 1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg paling tua; penuaan proses menjadi (atau menjadikan) tua.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas