pertindihan | hal bertindih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertumpang | ; ~ tindih saling tindih-menin-dih (bersusun-susun, bertompok-tompok): beberapa buah buku yg ~ tindih di atas rak disusun semula dgn penuh hati-hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpang tindih | keadaan saling menindih atau bertindan: Berlaku ~ antara peranan mereka dlm melaksanakan projek itu. bertumpang tindih saling menindih; bersusun-susun; bertindan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendidihan | perihal atau proses mendidih(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhimpit | 1. terjepit, terapit, tertindih; 2. ki susah (bkn kehidupan), terdesak: kehidupannya di kampung ini makin tersepit dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpang | ; ~ sekaki bp turut sama melakukan sesuatu yg sedang dilakukan oleh orang lain: seronok juga mendengar orang mengumpat, bolehlah ~ sekaki; bertumpang; ~ tindih saling tindih-menin-dih (bersusun-susun, bertompok-tompok): beberapa buah buku yg ~ tindih di atas rak disusun semula dgn penuh hati-hati; menumpang 1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; pokok ~ tumbuhan yg hidup pd pokok lain, bendalu; ganja ~ ganja yg melekat (bukan ganja iras); 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membonceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; ~ mati bersama-sama mati, ikut mati; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ ber-tanya, apa nama kampung ini?; ~ hidup tinggal bersama supaya dapat hidup; ~ makan (tidur dll) turut serta makan (tidur dll); menumpangi ikut tinggal di, menumpang pd atau di, menaiki (kereta, kapal, dll) utk berpergian: maka ditumpanginya sebuah bas dr Jogja ke Semarang; menumpangkan 1. meletakkan di atas benda lain, meletakkan bertindih: sebelah kakinya ditumpangkannya pd lutut kaki lain; 2. menyuruh tinggal (bermalam) di, membiarkan menumpang, menyuruh menumpang: anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang; 3. menyuruh menaiki kapal dll (utk berpergian), membiarkan menumpang kapal dll: anak yg cedera itu telah ditumpangkan di kapal TUDM utk dibawa ke Kuala Lumpur; 4. meminta supaya dibawa bersama, memberikan sesuatu supaya dibawa bersama, menyertakan: kalau tuan hendak ke Singapura, saya hendak ~ sedikit kuih utk anak saya; 5. menyerahkan sesuatu supaya diurus (dijagai dll), mengamanahkan, menitip-kan: di kedai itulah ibu Nurshahid ~ kuihnya utk dijual; ~ diri (hidup, nyawa) kpd menyerahkan diri (hidup, nyawa) kpd seseorang (supaya diselamatkan dll); tertumpang 1. (telah) ditumpangkan: kerana kemiskinan maka ia ~ di biduk tiris aku di sini; 2. dikembarkan, disertakan: bersama surat ini ~ sekeping cek berharga RM45.00 utk anakanda; ~ salam drpd terimalah salam drpd; ~ salam kpd sampaikan salam kpd; tumpangan 1. sesuatu yg ditumpangkan (utk diurus, dikirim, dibawa, dll); barang ~ barang yg diamanahkan (utk diurus dll); 2. tempat menumpang yg ditumpangi (rumah, kapal, perahu, dll): ia sedang duduk berehat-rehat di serambi luar rumah ~nya; enam hari lamanya sahaya dalam negeri Alfiah itu, sebab hendak menantikan kapal ~; wang ~ bayaran kerana menumpang, sewa; mencari ~ a) mencari tempat utk menumpang; b) mencari orang utk ikut serta (berpergian); penumpangan perihal menumpang atau menumpangkan; penumpang 1. orang yg menaiki kereta dll (utk berpergian): setelah kereta api berhenti, berebut pula ~ hendak turun; kapal ~ kapal yg membawa orang (bukan yg membawa barang); 2. orang yg tinggal (menginap, singgah, dll) di tempat orang; ~ transit penumpang yg singgah sebentar di sebuah lapangan terbang utk mengambil penerbangan sambungan lain yg berikutnya ke destinasi yg ditujui. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
didih | ; mendidih, berdidih ark 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, menggelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn semangat); mendidihkan 1. memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih; 2. menjadikan berkobar-kobar (semangat): keberaniannya menentang kezaliman itu ~ darah keperwiraan dlm jasad bangsanya; pendidihan perihal atau proses mendidih(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
himpit | sangat rapat (antara dua benda dll), asak-berasak; berhimpit, berhimpit-himpit sesak-menyesak, berasak-asak, bersempit-sempit: tak sanggup aku hendak menempuh orang yg berhimpit-himpit itu; menghimpit 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat, mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia; 2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan: kemiskinan ~ kehidupan keluarganya; menghimpitkan menindihkan hingga tersepit, merapatkan hingga sesak-menyesak, menekankan; memperhimpitkan, memperhimpit-himpitkan merapatkan berhimpit-himpit; terhimpit 1. terjepit, terapit, tertindih; 2. ki susah (bkn kehidupan), terdesak: kehidupannya di kampung ini makin tersepit dan ~; himpitan perbuatan menghimpit (menekan, menyesak, dll), tekanan, asakan: mereka tidak tahan lagi menderita ~ drpd tentera Jepun itu; kehimpitan keadaan berhimpit, ketenatan: setiap individu yg paling lasak, difikirkan berjuang di dlm ~ industri Britain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindih | ; bertindih 1 bersusun yg satu di atas yg lain; berlapis(-lapis): Pinggan kotor ~-tindih di dapur. 2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tempat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih. menindih 1 menekan ke bawah; menghimpit: Dlm pergelutan itu, Ahmad yg berbadan besar ~ lawannya. 2 menekan dgn sesuatu supaya tidak bergerak dsb; membubuh di atas sesuatu agar tidak berganjak dsb; menghimpit: Ia ~ kertas-kertas itu dgn buku supaya tidak berterbangan. 3 menindas atau menganiaya orang-orang yg lemah: Orang-orang tengah selalu ~ peniaga-peniaga kecil. menindihkan meletakkan sesuatu di atas sesuatu yg lain: Dia ~ sebuah buku yg tebal pd kertas-kertas itu. ketindihan 1 dlm keadaan ditindih; tertindih; terhimpit. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt bangun ketika sedang berbaring walaupun dlm keadaan sedar utk bangun. pertindihan hal bertindih. penindihan perbuatan (hal dsb) menindih atau menindihkan. penindih alat utk menindih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |