tarikh pemasangan(installation date) | Tarikh peralatan atau sistem siap dipasang dan boleh digunakan. Tarikh ini adalah sebagai tarikh rujukan untuk kerja penyelenggaraan, pengurusan, dan pelaksanaan kontrak sistem. | Kamus Komputer |
tarikh mula awal(early start date) | Tarikh jangkaan yang digunakan dalam pengurusan projek untuk menandakan permulaan paling awal bagi sesuatu tugas dengan tujuan mengira jangka waktu keseluruhan projek. | Kamus Komputer |
tarikh mula paling lewat(latest start date) | Tarikh jangkaan yang digunakan dalam pengurusan projek untuk menandakan permulaan paling lewat bagi sesuatu tugas dengan tujuan mengira jangka waktu keseluruhan suatu projek boleh dilaksanakan mengikut waktu yang ditetapkan. | Kamus Komputer |