perkakasan(hardware) | Komponen fizikal atau peralatan yang membentuk sistem komputer. Bandingkan perisian. | Kamus Komputer |
tindanan perkakasan(hardware stack) | Tindanan yang dilaksanakan dengan menggunakan perkakasan. Cara ini memberikan kelajuan yang lebih pantas kerana menggunakan daftar elektronik berbanding dengan tindanan perisian yang menggunakan kawasan ingatan utama sebagai tindanan. | Kamus Komputer |
sumber perkakasan(hardware resource) | Sumber pada komputer yang berkaitan dengan perkakasan, seperti CPU, ruang storan utama, ruang storan sokongan, dan peranti input/output yang diperlukan untuk memproses data dengan cekap secara automatik. | Kamus Komputer |
sampukan perkakasan(hardware interrupt) | Sampukan yang hanya boleh dijanakan oleh perkakasan. Sampukan ini mempunyai keutamaan yang lebih tinggi daripada sampukan perisian. | Kamus Komputer |
prototaip perkakasan(hardware prototype) | Perkakasan awal komputer bagi penggunaan tertentu yang dibina untuk membolehkan beberapa perkara dikaji dan diuji. Perkakasan awal ini digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna sebelum perkakasan sebenar dibina. | Kamus Komputer |
pemprototaipan perkakasan(hardware prototyping) | Pembinaan perkakasan awal untuk penggunaan tertentu bagi membolehkan beberapa perkara dikaji dan diuji. Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna supaya perkakasan sebenar yang diperlukan dapat dikarang dan disebarkan kepada umum. | Kamus Komputer |
pemacu perkakasan(hardware driver) | 1. Atur cara yang digunakan untuk mengawal perkakasan. 2. Perkakasan yang digunakan untuk mengawal atau memberi kuasa kepada litar atau modul lain. | Kamus Komputer |
kunci perkakasan(hardware key) | 1. Peranti keselamatan yang perlu disumbatkan ke dalam perkakasan sebelum komputer atau sistem berkeselamatan boleh digunakan. Kunci ini digunakan untuk mengelakkan pengguna tanpa izin menggunakan sistem. 2. Peranti yang perlu disumbatkan ke dalam liang komputer sebelum perisian berpelindung boleh digunakan. Kunci perkakasan digunakan oleh pembuat perisian untuk mengelakkan pembeli menyalin perisian secara bebas. 3. Peranti yang diperlukan untuk membuka atau menutup fail sulit yang elah dikodkan. Bandingkan kunci perisian. | Kamus Komputer |
dokumenan perkakasan(hardware documentation) | Maklumat yang dibekalkan bersama perkakasan komputer, yang biasanya terdiri daripada manual atau risalah tentang bagaimana memasang dan menggunakan perkakasan dengan betul. | Kamus Komputer |
bersandarkan perkakasan(hardware dependent) | Terikat pada perkakasan tertentu dan tidak dapat berfungsi jika perkakasan tersebut tidak digunakan. | Kamus Komputer |