Inggeris | rakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan; keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendewaan | perihal atau perbuatan mendewakan: ~ bahasa Inggeris dan kelulusan Inggeris masih diamalkan oleh pihak-pihak tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keinggerisan | terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompeni | 1. bp syarikat perniagaan: beberapa buah ~ telah mengurangkan kakitangannya kerana perniagaan makin merosot; 2. pertubuhan atau persatuan perniagaan Inggeris (Syarikat Hindia Timur Inggeris) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) yg ditubuhkan pd permulaan abad ke-17; 3. bp kerajaan, pemerintah; harta (tanah) ~ harta (tanah) milik kerajaan; jalan ~ jalan yg dibina oleh kerajaan; 4. Id askar (terutama askar Belanda atau askar Syarikat Hindia Timur Belanda); 5. pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd batalion, terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota dan biasanya dibahagikan kpd tiga platun: askar dr ~ C batalion kedua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lagu Inggeris | lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa Inggeris | bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelengkapan | 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemelajaran | proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sterling | 1. piawai (wang, logam murni); 2. mata wang Inggeris yg piawai; wang (paun) ~ sj mata wang Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menempelak | mengeluarkan kata-kata yg pedas utk mencela orang yg telah melakukan kesalahan dll; menggusari dan menyesali: Mereka ~ aku kerana aku suka belajar bahasa Inggeris dan suka berkawan dgn orang Inggeris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |