Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat utk menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jangka (kata nama)
Bersinonim dengan alat ukur, alat sukat, pengukur, penyukat, meter;,
Kata Terbitan : menjangka, menjangkakan, jangkaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jangka tinggialat utk menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter;Kamus Dewan Edisi Keempat
kejutkaku (anggota, urat) disebabkan ter­peranjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (ber­lakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak di­jangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, ber­goncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedar­kan dr tidur (khayalan, menungan, dll), mem­bangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairan­kan, mengagetkan, menyebabkan (orang) ter­sentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberang­sangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (meme­ranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat).Kamus Dewan Edisi Keempat
jangka suhualat utk menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer;Kamus Dewan Edisi Keempat
paras II1. rata, tidak tinggi rendah; 2. aras, had: berendam sehingga ~ lutut; ~ raksa pd jangka suhu ini sentiasa menunjukkan suhu yg tertinggi; separas 1. sama paras (dgn), sama rata (dgn), sampai ke: tingginya ~ bahu Karim; ia mengangkat senapangnya ke atas, ~ pinggang; 2. sama banyak (dgn), seimbang (dgn): sedapat-dapatnya biarlah ~ dgn kemampuannya; perbadanan ini mengaku akan menebus balik dgn bayaran ~; memaras menjadikan rata, memotong su­paya rata: bahagian atas timun itu telah diparas; ~ janggut mencukur janggut rata-rata; parasan permukaan: bahagian-bahagiannya timbul dr ~ air; pemarasan perihal (proses, perbuatan dsb) memaras.Kamus Dewan Edisi Keempat
jangka I1. = ~ lukis alat berkaki dua yg dapat dilebarkan atau disempitkan kakinya utk membuat bulatan (mengukur jarak pd peta dll); 2. alat utk membelah daun mengkuang atau daun pandan menjadi jalur-jalur kecil; 3. alat menyukat atau mengukur sesuatu (suhu, arus elektrik, dll); ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi; ~ cahaya alat utk menyukat atau membandingkan kekuatan cahaya drpd sumber yg berbeza, fotometer; ~ galvani alat utk menyukat arus elektrik, galvanometer; ~ halus alat utk mengukur jarak atau sudut yg kecil dgn tepat, mikrometer; ~ hayat jangka masa atau tempoh hidup se­seorang atau kegunaan sesuatu (alat, jentera, dll); ~ kalori alat utk menyukat banyaknya haba yg dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter; ~ laju alat utk menyukat laju, meter laju; ~ lembap alat utk menyukat banyak atau sedikitnya wap air dlm udara, higrometer; ~ sudut alat utk mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor; ~ suhu alat utk menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer; ~ tekanan alat utk me­nyukat tekanan udara, barometer; ~ tekanan gas alat utk menyukat tekanan gas, mano­meter; ~ tinggi alat utk menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; ~ tolok alat utk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan me­nentukan jarak jauh; ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hid­rometer.Kamus Dewan Edisi Keempat
permainan arked(arcade game)Permainan komputer yang berbentuk permainan jangka pendek untuk berseronok yang biasanya terdapat di arked permainan. Atur cara jenis ini biasanya pantas, berpeleraian tinggi, berwarna, mempunyai kesan bunyi, dan papan markah untuk mencatat prestasi kecekapan pemain.Kamus Komputer
tahun I1. jangka waktu (masa) yg lamanya dua belas bulan: umurnya enam belas ~; berapa ~ kamu tinggal di kampung itu? 2. angka yg menyatakan tarikh: beliau dilahir­kan pd ~ 1945; 3. masa dua belas bulan yg ke... (spt majalah, surat khabar, dll): Majalah Bahasa ~ yg kedua bilangan satu; 4. masa dua belas bulan utk ...; ~ buku Id masa utk perhitungan kewangan dlm perniagaan (biasa­nya dr 1 Januari hingga 31 Disember); 5. masa selama tumbuh-tumbuhan hidup, musim; ~ jagung masa selama tiga atau empat bulan; ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dsb: Program Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yg mengambil masa empat ~ akademik; ~ akademik 1997/98; ~ asas (Eko) tahun yg dipilih sbg permulaan bagi pengiraan satu siri nombor indeks, biasanya tahun yg mempunyai ciri normal spt ketiada­an kemelesetan dan inflasi yg tinggi; ~ baru hari yg pertama dlm satu-satu tahun; ~ belakang Id = ~ depan = ~ hadap(an) tahun yg akan datang; ~ cahaya (Fiz) unit jarak yg bersamaan dgn jarak yg dilalui cahaya dlm satu tahun; ~ Dal tahun yg kelima dlm daur kecil (windu); ~ fiskal jangka masa dua belas bulan yg diliputi oleh belanjawan sesebuah negara; ~ Gajah tahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah (dr Yaman) ke atas Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW; ~ Hijrah tarikh yg dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; ~ kabisat = ~ lompat = ~ panjang Id tahun yg sehari lebih panjang drpd tahun yg biasa; ~ kalendar tempoh masa satu tahun dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama; ~ kamariah = ~ qamari tahun yg dikira meng­ikut perjalanan bulan; ~ kewangan a) jangka masa dua belas bulan yg pd akhirnya sesebuah syarikat dll menutup akaunnya; b) tahun fiskal; ~ lalu tahun yg lepas; ~ Masihi tarikh yg dikira mulai dr tarikh lahirnya Nabi Isa a.s.; ~ syamsiah tahun yg dikira mengikut perjalanan matahari; setahun satu tahun; ~ padi tempoh lima atau enam bulan; berumur ~ jagung a) muda sekali; b) ki belum matang (pemikiran dll); setahun-tahunan sepanjang tahun; bertahun; sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yg habis; bertahun-tahun beberapa tahun lamanya: sudah ~ lamanya Nasir bergaul dgn gadis itu; menahun 1. tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya: beliau telah men­jauh­kan diri naik ke Makkatul-musyar-rafah lalu duduk ~ di sana; 2. lama benar: dia sudah ~ di sini; 3. lama merana (meng-hidap penyakit): dia menjadi korban drpd fungsi­nya juga dan akibatnya timbul infeksi yg ~; tahunan 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun.Kamus Dewan Edisi Keempat
faedah/faédah/ 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2 sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung: Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3 sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba.Kamus Pelajar Edisi Kedua
faedah/faédah/ 1. sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2. sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung:Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3. sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba.Kamus Pelajar
melonjak1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas