Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah

Puisi
 

Apa guna pokok pinang,
     Daun hijau kuning padi;
Apa diingat apa dikenang,
     Gunung dikejar tidakkan lari.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hijau1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~ bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a) (warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg hijau; ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan; ~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk pisang; ~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitam­an; 2. ki masih mentah (dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk; menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna hijau; kehijauan keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit.Kamus Dewan Edisi Keempat
tiaminasj vitamin B kompleks yg terdapat pd sayuran hijau, jagung, kuning telur dan hati, yg kekurangannya boleh mengakibatkan penyakit beriberi, vitamin B1.Kamus Dewan Edisi Keempat
garnet (garnét)sj batu bernilai yg lut sinar, berwarna merah tua, hijau atau kuning, yg dijadikan sbg batu permata.Kamus Dewan Edisi Keempat
pokok duit-duitsj pokok keladi yg menjalar pd pokok atau ditanam di dlm pasu (sbg hiasan) yg daunnya berbentuk hati dan berwarna hijau bercampur kuning air.Kamus Dewan Edisi Keempat
duit-duit II= pokok ~ sj pokok keladi yg menjalar pd pokok atau ditanam di dlm pasu (sbg hiasan) yg daunnya berbentuk hati dan berwarna hijau bercampur kuning air.Kamus Dewan Edisi Keempat
jaspersj kuarza legap yg berwarna merah, hijau tua, coklat atau kuning.Kamus Dewan Edisi Keempat
epal(épal) sj pokok yg buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau, merah atau kuning dan boleh dimakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
antara1. sela, jarak (di tengah dua benda): dua pokok itu, ~nya tiga depa; 2. berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dsb): ~ pukul 3.00 dan 4.00 petang; ~ kuning dan hijau; ~ tidur dgn jaga; 3. selang waktu, masa dr satu saat ke saat lain: sejam ~nya datanglah ia; 4. di tengah-tengah kumpulan (golongan dll): pilih ~ dua ini; 5. = di ~ dlm ruang yg memisahkan (dua atau lebih titik, benda, dsb): ~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil; jarak ~ filem dan arca; 6. yg melibatkan, berkaitan, dsb dgn: perhubungan ~ bahagian-bahagian; perhubungan ~ kedua-dua negara itu semakin pulih; kerja­sama ~ kita; perlanggaran ~ dua buah kereta; perbandingan ~ kedua-dua tokoh terkenal itu; 7. dlm lingkungan: kanak-kanak yg berumur ~ lima hingga sepuluh tahun; ~ satu hingga dua minggu; diajarkan ~ se­puluh hingga dua puluh nama benda; 8. kpd setiap orang dsb, di kalangan: barang-barang itu dibahagi-bahagikan ~ mereka; 9. termasuk dlm sesuatu kumpulan (bilangan, kelas, dsb): itulah ~ beberapa perkara yg perlu dilaksanakan; 10. sementara, dlm pd itu: ingat ~ belum kena; 11. tentang, dekat dgn, tidak jauh dr: selepas beberapa hari lamanya maka sampailah ~ Mokha; 12. kira-kira, lebih kurang: ~ sepuluh orang tertang­kap kerana merompak; ~ lain = ~nya salah satu drpd (hal-hal dll); berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; mengantara menjadi orang tengah; mengantarai 1. membuat antara, memisah­kan: ada suatu sungai yg ~ kedua-dua negeri itu; 2. bertindak sbg orang tengah, menjadi pengantara: ia yg ~ perselisihan itu; perantaraan 1. perihal mengantarai (ber­tindak sbg orang tengah): dlm pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dr negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dll): saya kirim surat ini dgn ~ kawan saya; 3. = dgn ~ dgn jalan, melalui: kursus itu diberikan dgn ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; pengantaraan tindakan mengantarai (men­jadi orang tengah): pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dgn ~ Tok Penghulu; pengantara, perantara orang tengah, peng­hubung (dlm perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya dgn Leman.Kamus Dewan Edisi Keempat
warnacorak rupa spt merah, hijau, biru: Cantik ~ bunga ini. ~ bajunya merah. ~ dasar warna (merah, biru, kuning) yg menjadi dasar utk memperoleh warna-warna lain. ~ primer warna dasar. ~ sekunder warna yg terhasil drpd campuran dua warna primer. berwarna mempunyai warna: Kain langsir rumahnya ~ kuning. berwarna-warna mempunyai bermacam-macam warna. mewarna mengenakan warna; membubuh warna: peraduan ~. mewarnai menyapu dgn warna; memberi berwarna: Ia ~ lukisannya dgn cat air. pewarnaan perbuatan, hal dsb mewarna atau mewarnai. pewarna bahan utk mewarnai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kehijau-hijauanagak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas