Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Manpower and Ad-ministrative Modernization Planning Unit (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada: awak orang ~; memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut; kemampuan 1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; berkemampuan 1. mempunyai kesang­gupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sanggup melakukan atau sanggup mengadakan sesuatu; berupaya: Saya masih belum ~ membeli rumah. kemampuan kesanggupan utk melakukan atau utk mengadakan sesuatu; kebolehan. berkemampuan mempunyai kemampuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampu
1. Bersinonim dengan berada
( berharta, berwang, berduit, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan kaya
( senang, mewah, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan boleh
( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : kemampuan,

Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)

48

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mampusanggup melakukan atau sanggup mengadakan sesuatu; berupaya: Saya masih belum ~ membeli rumah. kemampuan kesanggupan utk melakukan atau utk mengadakan sesuatu; kebolehan. berkemampuan mempunyai kemampuan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
MAMPUakronim bagi Manpower and Ad-ministrative Modernization Planning Unit (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia).Kamus Dewan Edisi Keempat
mampu1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada: awak orang ~; memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut; kemampuan 1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; berkemampuan 1. mempunyai kesang­gupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
larat IIterdaya, mampu (utk melakukan sesuatu pekerjaan); tak ~ tidak terdaya, tidak mampu: tak ~ hendak luluskan tali kerana sakit tangan; terlarat berupaya, terdaya: takkan ~ engkau hendak jadi pencuci kain.Kamus Dewan Edisi Keempat
larat IIIberupaya; mampu: ~kah kamu memikul guni yg berisi beras itu? tak ~ tidak berupaya; tidak mampu. terlarat terdaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
larat IIIberupaya; mampu:~kah kamu memikul guni yg berisi beras itu? tak ~ tidak berupaya; tidak mampu. terlarat terdaya.Kamus Pelajar
upayausaha utk mencapai sesuatu maksud; ikhtiar: tidak ada ~ tidak ada usaha atau ikhtiar. berupaya 1 berkebolehan atau mampu membuat sesuatu: Ia tidak ~ lagi memperdamaikan mereka. 2 berusaha dgn sekuat tenaga. mengupayakan 1 mencari jalan utk mengusahakan sesuatu; mengikhtiarkan. 2 menjadikan mampu atau dpt mencapai sesuatu; membolehkan: Usaha yg dijalankan itu ~ syarikat mencapai sasaran yg ditetapkan. keupayaan kesanggupan atau kemampuan utk melakukan sesuatu. pengupayaan perihal atau perbuatan mengupayakan. seupaya-upayanya setakat yg terdaya; sedapat-dapatnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cakap II1. Id sanggup, boleh, mampu, dapat (membuat sesuatu), dapat dan pandai melaku­kan sesuatu, cekap; 2. elok, cantik, rupawan; 3. Mn tangkas, lekas, pantas, cekap; bercakap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; mempercakap, mempercakapkan Id men­jadikan cakap (mahir, dapat, mampu) utk melakukan sesuatu, mempercekap; kecakapan 1. kesanggupan, kemampuan, kecekapan; 2. Id kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. Mn kepantasan mem­buat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan; ®cekap.Kamus Dewan Edisi Keempat
upayausaha utk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar: kalaulah segala apa yg diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah ~; seupaya-upaya, seupaya-upayanya setakat mana yg terdaya, seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya; berupaya 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; mengupayakan 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu, membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif; terupaya sanggup, mampu; tidak ~ tidak sanggup (mampu); keupayaan kesanggupan (kebolehan) utk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampu-an: kanak-kanak mempunyai perangai, ke­cenderungan, dan ~ yg berbeza; bahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ utk menjadi sebuah bahasa moden; berkeupayaan mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat kita; ketidakupayaan perihal (sifat dsb) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan: ~ penulis utk menjadi tokoh atau pemimpin politik; pengupayaan perihal (perbuatan, tindakan, usaha dsb) menjadikan berupaya (berke-mampuan, berkebolehan dsb) utk mencapai sesuatu: sistem yg lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi teras kpd pembinaan keusahawanan; isu yg lebih penting ialah ~ golongan miskin ini utk mempunyai pen-dapatan yg lebih tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
mampanmampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas