RM | kep Ringgit Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Ringgit Malaysia | (dgn simbol RM) unit mata wang Malaysia, mis RM20.00 dan RM320.00; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unit | 1. kuantiti tertentu yg dijadikan sbg piawai ukuran (sukatan): Ringgit Malaysia ialah ~ mata wang Malaysia; 2. sesuatu yg dianggap sbg entiti tunggal yg lengkap: sebanyak 20 ~ rumah kos rendah sedang dibina; 3. bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung; ~ pemprosesan pusat (Komp) bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer; ~ rawatan rapi unit di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghitung | 1. mengira berapa jumlahnya (pendapatannya, keuntungannya, dll), membilang (berapa banyaknya): menanti abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan; 2. menentukan atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dll): bayarannya dihitung mulai bulan ini; dia ~ harga barang-barang import dr Jepun itu dgn wang ringgit Malaysia; 3. menganggap (memandang) sbg: kalau dihitung dr segi agama suaminya memang diharuskan beristeri lagi; makanan yg kita makan itu dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih; bagai ~ bulu kambing prb mengerjakan sesuatu yg sia-sia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbilang | 1. lebih drpd satu banyaknya; masyarakat ~ bangsa (kaum) masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa atau kaum (spt Melayu, Cina, India, dll di Malaysia); ~ ringgit banyak ringgit; 2. dihitung atau dikira jumlahnya: barang-barang itu belum ~ jumlahnya lagi; ~ dr esa, mengaji dr alif prb mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dr pangkalnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hitung | perihal membuat kira-kira (membahagi, mencampur, mendarab, dll); ilmu ~ ilmu hisab; ~ panjang pukul rata, rata-rata; berhitung 1. membuat kira-kira (spt mencampur, menjumlah, dll), berkira-kira: apa benar sukarnya berniaga, asal pandai membeli dan menjual, dan pandai ~ sedikit; ~ kepala mencongak, mengira; 2. Mn memeriksa untung rugi (perniagaan dll); menghitung 1. mengira berapa jumlahnya (pendapatannya, keuntungannya, dll), membilang (berapa banyaknya): menanti abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan; 2. menentukan atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dll): bayarannya dihitung mulai bulan ini; dia ~ harga barang-barang import dr Jepun itu dgn wang ringgit Malaysia; 3. menganggap (memandang) sbg: kalau dihitung dr segi agama suaminya memang diharuskan beristeri lagi; makanan yg kita makan itu dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih; bagai ~ bulu kambing prb mengerjakan sesuatu yg sia-sia; menghitungi mengira berkali-kali, menghitung banyak benda; menghitungkan menghitung utk: dia tidak mahu ~ aku telur itu; memperhitungkan 1. mengira-ngira berapa banyak atau jumlahnya (wang dll): perlu sekali diperhitungkan jumlah bakal pengundi menjelang pilihan raya; 2. menyelesaikan (hutang dll) dgn membuat perkiraan: hutangmu itu akan diperhitungkan dgn gajimu; 3. mengingat (memikir akan, memberi perhatian akan): soal nama tidak perlu diperhitungkan, yg penting ialah perjuangan parti; 4. mempedulikan, mengendahkan: petualang-petualang politik menggilakan kuasa dgn tidak ~ kepentingan nasional; 5. merundingkan sesuatu dgn teliti, mempertimbangkan: senang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya; terhitung 1. telah (sudah) dihitung (dikira); 2. dapat atau boleh dikira, terbilang, terkira: orang yg menonton pertunjukan kesenian di Stadium Negara tidak ~ banyaknya; 3. tergolong dlm hitungan, termasuk dlm perkiraan: dia menjadi seorang saudagar yg ~ kaya-raya; hitungan 1. hasil drpd menghitung (mengira): saya belum dapat mengesahkan ~mu; 2. perkara (soal dll) yg perlu dikira (spt ilmu hisab, masalah, dll); ~ angka-angka Id mengira dgn angka-angka saja; ~ kepala Id pekerjaan mengira dlm kepala (mencongak); ~ soal(an) Id perkara berhitung yg difahamkan dr kalimat-kalimat atau cerita (masalah); 3. = perhitungan pertimbangan, fikiran, pendapat: sudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dgn Marah Adil, dan terus perkahwinan dilangsungkan; perhitungan perihal menghitung (mengira-ngira, mempertimbangkan, dll), pertimbangan, perkiraan: menurut ~ itu aku mendapat RM1000 keuntungan; pd ~ sekarang satu keruh itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; memberi malu anak gadis orang tidak baik pd ~ kanda; bila dia telah menjalani hukumannya dia akan membuat ~ dgn orang yg telah menyebabkan dia masuk penjara; penghitungan perbuatan menghitung; penghitung 1. alat utk menghitung; 2. orang yg menghitung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ringgit I | 1. mata wang yg bernilai 100 sen: wang ~; R~ Malaysia (dgn simbol RM) unit mata wang Malaysia, mis RM20.00 dan RM320.00; 2. Id mata wang atau wang drpd perak yg bernilai 2.5 rupiah, digunakan pd zaman penjajahan Belanda; beringgit-ringgit beberapa ringgit, banyak ringgit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bilang I | 1. bp hitung(an), kira(an) jumlah (banyak) barang; tidak masuk ~ tidak masuk kira; 2. = sebilang setiap, tiap-tiap; ~ bulan tiap-tiap bulan; 3. = berbilang; berbilang 1. lebih drpd satu banyaknya; masyarakat ~ bangsa (kaum) masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa atau kaum (spt Melayu, Cina, India, dll di Malaysia); ~ ringgit banyak ringgit; 2. dihitung atau dikira jumlahnya: barang-barang itu belum ~ jumlahnya lagi; ~ dr esa, mengaji dr alif prb mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dr pangkalnya; membilang 1. menghitung (mengira) satu demi satu: bibirnya bergerak-gerak bagai lebai ~ tasbih; 2. memperhitungkan, memperkirakan, memerhatikan: tiada pula sunyi orang ~ harapan kalau-kalau ia masih hidup; apabila ia melompat, maka sekalian kami lihat spt gunung api, tiada ~ lawannya; kadang-kadang Nordin termenung membilang-bilang nasibnya; membilangkan membilang (menghitung, mengira) utk; terbilang 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyaknya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang;bilangan 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandai-pandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; sebilangan sejumlah, sebanyak: ~ besar kuli itu datang dr negeri China; kebilangan termasuk bilangan, terkenal dll: mereka pergi ke sebuah restoran yg ~ dlm kota Betawi; pembilangan perbuatan membilang, pengiraan, penghitungan: ~ undi dilakukan pd sebelah petang; pembilang 1. orang yg kerjanya membilang; 2. Id bilangan yg di atas pd suatu pecahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ringgit | mata wang yg bernilai seratus sen: ~ Malaysia. seringgit seratus sen; satu ringgit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wang ringgit | a) sl sj mata wang drpd perak; b) satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |