Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Ambil dibubuh dalam puan;
Rumah saya tuan tak mahu pergi,
     Boleh kita jumpa di jalan.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rumah I1. binaan utk tempat tinggal; ahli (orang) ~ a) isteri; b) ahli keluarga yg tinggal di rumah; anjung ~ bahagian depan rumah yg menganjur; elaun ~ elaun sewa rumah utk pegawai; nyonya ~ Id isteri; perkakas ~ a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; tuan ~ pemilik rumah; 2. (biasanya dipakai apabila memberi nama kpd sesuatu bangunan dgn erti) bangunan, gedung: R~ Persekutuan; 3. ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga (di sekolah dll): sebuah sekolah selalunya di­bahagikan kpd empat ~ dan ~-~ itu diberi nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dll; 4. = ~ angka bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum: ~ se; ~ puluh; ~ ratus; ~ adat balairung; ~ Allah a) bangunan khas tempat umat Islam mengerjakan solat dan ibadat-ibadat lain, iaitu masjid dan surau; b) Kaabah; ~ api menara api (mercu suar); ~ asap bangunan atau tempat khas utk menge­ringkan atau mengawet sesuatu (spt getah, tembakau, ikan dsb) dgn mengasapinya; ~ bandar a) rumah bertingkat yg sama bentuk­nya dan dibina bercantum dlm satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mem­punyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; ~ batu rumah yg berdinding batu-bata; ~ berhala kuil (tempat memuja berhala); ~ besar a) rumah yg besar; b) rumah yg pokok (sbg ibu atau induk); ~ bicara Id bangunan tempat bermesyuarat; ~ bola Id rumah tempat bermain biliard, rumah kelab; ~ butang (kancing) lubang tempat me­masukkan butang (buah kancing) baju; ~ dansa Id rumah tempat berdansa (menari), kabaret; ~ dapur bahagian rumah yg di bela­kang (tempat memasak); ~ gadai (pajak) rumah tempat menggadaikan barang-barang; ~ gedang Mn rumah ibu (induk) sbg tempat tinggal kaum keluarga; ~ gila rumah tempat merawat orang gila; ~ hantu tempat per­temuan ahli persatuan Freemason; ~ haram rumah yg didirikan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (tuan punya tanah dll); ~ hijau rumah kaca; ~ ibadat (ibadah) rumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil); ~ ibu bahagian yg utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang; ~ instansi Id rumah utk pegawai kerajaan; ~ jaga pondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu; ~ judi tempat berjudi, petopan; ~ kaca bangunan khas yg bumbung dan dindingnya drpd kaca, digunakan utk melindungi tanaman tertentu dlm keadaan yg terkawal; ~ kampung bp (biasanya) rumah yg diperbuat drpd kayu yg berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dll); ~ kedai rumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar), bangunan utk kedai; ~ kembar rumah yg dua serangkai (se­ban­dung); ~ kilat bp rumah haram yg didirikan dgn cepat (biasanya pd waktu malam); ~ kit tempat menghisap candu; ~ komedi Id pang­gung sandiwara; ~ kutai sj rumah tradisional Melayu Perak; ~ ladang tempat kediaman yg didirikan di kawasan ladang yg meng­usahakan tanaman atau ternakan, biasa­nya secara komersial; ~ lelang Id rumah tempat melelong barang-barang; ~ liar bp rumah haram; ~ limas = ~ bumbung lima rumah yg mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik menganjung ke hadapan); ~ loteng (berloteng) rumah yg bertingkat; ~ makan kedai tempat makan; ~ minum kedai tempat minum (menjual minuman); ~ miskin rumah tempat merawat orang miskin; ~ monyet rumah jaga (gardu kecil); ~ murah rumah yg murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan utk dijual kpd orang ramai yg berpendapatan rendah); ~ panggung rumah yg tinggi lantai­nya; ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak (tempat kediaman banyak keluarga); ~ panjang a) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran; ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak binaan; ~ pasung a) balai polis; b) rumah tempat me­nahan orang salah; ~ pelacuran rumah tempat sundal; ~ penginapan (pemalaman ark) rumah tempat bermalam (hotel, motel, dll); ~ pen­jelasan (Eko) a) pusat pertukaran cek antara bank utk tujuan menjelaskan cek; b) pusat yg menguruskan penjelasan bagi urus niaga yg dijalankan di pasaran sekuriti atau komoditi; ~ perdeo (perai) Id, bp penjara; ~ perhentian rumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya kepunyaan kerajaan); ~ pesang­garahan Id = ~ persinggahan rumah per­hentian; ~ petak rumah deret; ~ piatu rumah yg menempatkan anak-anak yatim piatu; ~ potong = ~ sembelih tempat me­nyem­­belih (lembu, kerbau, dll), pembantaian, pejagalan; R~ Putih nama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika Syarikat; ~ rehat bangunan (yg disediakan oleh kerajaan) yg memberi kemudahan penginapan (spt hotel) ter­utama­nya utk kakitangan kerajaan; ~ sakit tempat merawat orang sakit, hospital; ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan (orang lain) secara haram atau tanpa ke­be­naran, biasanya di kawasan bandar dan tidak sempurna kemudahan asasnya; ~ sewa rumah utk disewakan; ~ siput kulit siput; ~ tanaman rumah kaca; ~ tengah bahagian rumah Melayu yg di tengah; ~ terbuka majlis makan dan ramah mesra di rumah seseorang yg terbuka kpd sahabat handai dsb (biasanya semasa musim perayaan, spt perayaan Aidil­fitri); ~ teres rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); ~ tetamu rumah yg memberi penginapan; ~ tumpang­an rumah tempat menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan penginapan pd kadar murah); ~ turutan rumah samping (bukan rumah induk); ~ ubat Id kedai tempat menjual ubat-ubatan; ~ urut a) rumah tempat berurut; b) rumah pelacuran; ~ buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek; ~ gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami; ~ gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula; ~ sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan; dalam ~ membuat ~ prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain; diseluduki bawah ~ orang berluluk kepala = masuk ke bawah ~ orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu; memperlihatkan ~ buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang; tiada berorang di ~ prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi; serumah 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah: kedua-dua pe­rem­puan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; 3. sudah kahwin (ber­isteri atau bersuami); menyerumahkan meletakkan (menaruh­kan) dlm satu rumah: apakah dia akan diserumahkan dgn madunya? rumah-rumah 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah; berumah 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, ber­budi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll); berumahkan menjadikan sbg rumah: orang Arab yg hidup ~ khemah yg dibuat drpd kulit unta; memperumahkan mengahwinkan (mem­peristerikan, mempersuamikan): lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok; perumahan 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pe­ngurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai ke­rajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk men­diri­kan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; perumah (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hitam1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: be­berapa kawasan di Pahang masih di­anggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak ber­minyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pe­kat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) ma­nggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg di­sukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg mem­bolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sen­diri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal kebu­ruk­an tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg se­benarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah di­pisah­kan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasli­annya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih me­mandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut keli­hatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hi­dung­nya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn me­ninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam.Kamus Dewan Edisi Keempat
memindahkan1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian;Kamus Dewan Edisi Keempat
hitam putiha) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg mem­bolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sen­diri;Kamus Dewan Edisi Keempat
tembatu II1. sj tumbuhan (pokok), jelawi bukit, Neoscortechinia kingii; 2. sj tumbuhan (pokok yg kayunya baik utk perkakas rumah), bangas putih, medang kawan (putih), mem­batu, mempadang, Angelesia splendens.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemas1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb); berkemas, berkemas-kemas menyusun-­nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi; mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya; mengemaskan 1. menjadikan tersusun (ter­atur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; kekemasan keadaan kemas; perkemasan perihal berkemas-kemas; pengemasan perbuatan mengemas(kan); pengemas orang yg mengemasi (mengemas­kan): ~ bilik; ~ daftar fail.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyatuh1. sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Pala­quium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii.Kamus Dewan Edisi Keempat
rapat III; ~ bukit sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah), rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; kayu ~ sj tumbuhan (pokok menjalar yg kulitnya dibuat ubat), akar serapat putih, akar gerip putih, Parameria bata.Kamus Dewan Edisi Keempat
kapur I1 benda putih yg dibuat drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, utk mengecat rumah dll). 2 = ~ tulis (belanda) bahan yg dibuat drpd kapur 1 dan digunakan utk menulis di papan hitam. ~ barus benda yg keras baunya yg banyak digunakan dlm perubatan dll (diperoleh dr sj pokok atau dibuat secara kimia). ~ mati serbuk berhablur berwarna putih agak larut dlm air dan diperoleh drpd tindakan air ke atas kalsium oksida (digunakan dlm simen dan utk membuat garam kalsium). ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih. ~ tohor (mentah) pepejal putih yg agak larut dlm air yg diperoleh drpd pemanasan kalsium karbonat dlm tanur kapur (digunakan dlm pengilangan kertas dll). berkapur ada kapur di dlmnya: tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya. mengapur 1 menyapu dgn kapur; memberi berkapur: ~ sirih. 2 memutihkan dgn kapur; menyapu dinding dll dgn kapur supaya menjadi putih: Masjid-masjid dan surau dicat dan dikapur. pekapuran 1 bekas atau tempat kapur. 2 tempat membakar kapur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kapur I1. benda putih yg dibuat drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, utk mengecat rumah dll). 2. = ~ tulis (belanda) bahan yg dibuat drpd kapur 1 dan digunakan utk menulis di papan hitam. ~ barus benda yg keras baunya yg banyak digunakan dlm perubatan dll (diperoleh dr sj pokok atau dibuat secara kimia). ~ mati serbuk berhablur berwarna putih agak larut dlm air dan diperoleh drpd tindakan air ke atas kalsium oksida (digunakan dlm simen dan utk membuat garam kalsium). ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih. ~ tohor (mentah) pepejal putih yg agak larut dlm air yg diperoleh drpd pemanasan kalsium karbonat dlm tanur kapur (digunakan dlm pengilangan kertas dll). berkapur ada kapur di dlmnya:tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya. mengapur 1. menyapu dgn kapur; memberi berkapur:~ sirih. 2. memutihkan dgn kapur; menyapu dinding dll dgn kapur supaya menjadi putih: Masjid-masjid dan surau dicat dan dikapur. pekapuran 1. bekas atau tempat kapur. 2. tempat membakar kapur.Kamus Pelajar
123456

Kembali ke atas