perakuan(acknowledgement) | 1. Isyarat jawapan yang dikirim oleh penerima dalam sistem komunikasi data untuk memberitahu pengirim yang isyarat atau blok mesej yang dikirim selamat diterima. 2. Kenyataan dalam dokumen atau perisian untuk memberitahu pengguna sumbangan pihak yang telah membantu dalam pembentukan dokumen atau perisian tersebut. | Kamus Komputer |
NAK | Singkatan bagi negative acknowledgement character, iaitu aksara perakuan negatif. Aksara protokol khusus yang dikirim oleh penerima dalam sistem komunikasi data untuk memberitahu pengirim bahawa ia tidak mendapat isyarat atau blok mesej yang dikirim, atau terdapat ralat dalam data yang diterima dan memohon supaya pengirim mengirim semula data. Bandingkan ACK. Lihat juga perakuan. | Kamus Komputer |
ACK | Singkatan bagi affirmative acknowledgement, iaitu perakuan pasti. Lihat juga perakuan. Bandingkan NAK | Kamus Komputer |