liur | ; air ~ air ludah yg cair atau yg meleleh. air ~ basi air liur yg meleleh keluar ketika tidur. meliur mengeluarkan air liur. terliur ingin benar akan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tikas | 1 tanda paras (ttg air): ~ air tinggi; ~ air surut. 2 baris yg terjadi drpd lumut, sampah dsb di pantai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kencing | 1 = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan (manusia atau haiwan); air seni; 2 = berkencing buang air kecil. ~ manis penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; diabetes. terkencing terkeluar kencing dgn tidak sengaja atau dgn tidak dpt ditahan-tahan lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susu | 1 buah dada; tetek. 2 = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada. 3 air berwarna putih yg keluar dr tetek haiwan (spt lembu, kambing) yg dijadikan makanan. 4 benda cair spt air susu yg diperoleh dr beberapa jenis pokok (spt getah, tuba). ~ badan susu ibu. ~ cair susu yg tidak dicampur gula dan diperoleh dgn cara penyejatan. ~ formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golongan tertentu, spt bayi, ibu mengandung, orang tua. ~ ibu susu dr buah dada yg dihisap bayi sbg makanannya. ~ julung susu yg keluar buat kali pertama dr lembu dsb yg baru melahirkan anak. ~ kering (tepung) susu yg diproses dlm bentuk serbuk. ~ pekat susu yg telah disejat dan dicampur dgn gula. ~ siring susu yg telah diambil kepalanya. ~ tin susu yg dijual dlm tin. bersusu mempunyai susu. menyusu meng-hisap air susu dr buah dada dsb: Adli baru berumur satu tahun setengah tetapi sudah berhenti ~. menyusui memberikan susu (tetek) supaya dihisap; memberi minum air susu: Rosminah sedang ~ anaknya. penyusuan hal (perbuatan dsb) menyusu atau menyusui. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ludah | , = air ~ air yg keluar dr dlm mulut; air liur: ~ sirih ludah yg berwarna merah kerana makan sirih. berludah mengeluarkan (membuang) ludah: ~ di merata-rata tempat dpt merebakkan penyakit. meludahi berludah pd; mengenakan ludah pd: ~ lantai. meludahkan 1 menyemburkan ludah. 2 mengeluarkan sesuatu dr dlm mulut: Dia ~ darah yg keluar dr gusinya yg luka itu. peludahan bekas tempat berludah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lata II | , = air ~ air terjun yg tegak tetapi rendah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
madu I | 1 = air ~ air manis yg terdapat dlm bunga atau dlm sarang lebah; manisan. 2 ki manis serta menarik sekali: senyum ~ senyum yg manis sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lopak | 1 tanah lekuk yg berisi air: ~-~ air menjadi tempat nyamuk bertelur. 2 petak sawah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panas | 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tawar I | 1 tidak ada rasa (bkn makanan, minuman dsb); tidak cukup manis, masin dsb; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bkn air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bkn ubat dsb); sudah hilang kekuatannya (bkn bisa atau racun): Semua jampinya ~ belaka. ~ hati tidak ada kemahuan; tidak bersemangat. ~-mawar (hambar) tawar sekali; sangat tawar. menawar 1 menghilangkan atau menghapuskan bisa atau kekuatan sesuatu dgn jampi dsb: Air kelapa hijau pernah juga digunakan orang utk ~ racun. 2 menjampi dll supaya hilang bisanya dsb; mengubati dgn air dsb yg sudah dijampi: Air yg ditawar itu diminumnya. menawarkan menyebabkan menjadi tawar. ~ hati menyebabkan tawar hati. penawaran perihal, perbuatan dsb menawar atau menawarkan. penawar 1 ubat dll utk menghilangkan bisa, sakit dll. 2 jampi atau mantera utk menawar bisa dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |