Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku anak

Puisi
 

Limau manis dari seberang,
     Bawa budak dalam perahu;
Hitam manis hatiku sayang,
     Anak siapa aku tak tahu.


Lihat selanjutnya...(16)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lagak1 gaya atau tingkah laku yg menunjukkan keangkuhan atau kesombongan: ~nya spt orang bijak pandai. 2 tak ubah spt; bagai: Apabila ditegur, ia menangis ~ anak-anak kecil. berlagak 1 berkelakuan sombong; bersikap angkuh: Jangan engkau cuba hendak ~ di depan aku kerana aku tahu siapa engkau. 2 berkelakuan spt; bersikap seolah-olah: Dia ~ pandai tetapi apabila disoal, ia tidak tahu. melagakkan memperlihatkan dgn sombong: Dia ~ kereta barunya seolah-olah dia sajalah yg berkereta. pelagak orang yg suka berlagak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendoakanmemohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau berbahagia se­lalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anak­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
siti I1. Ar sebutan kpd wanita yg mulia: S~ Hawa; S~ Fatimah; 2. sebutan kpd anak­anak perempuan yg tinggi martabatnya: malu sangat rasanya aku apabila kuingat sau­daraku tidak laku kpd puteri-puteri dan ~-~ di Padang ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
ralat IIbp berat hati, tidak sedap hati, kesal (kerana tidak dapat membuat sesuatu yg baik atau terpaksa membuat sesuatu yg tidak baik): tidak ~ aku mati apabila telah kulihat anak aku memegang dan membaca buku ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerumun; berkerumun berkumpul atau ber­himpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor; mengerumuni datang beramai-ramai (ba­nyak-banyak) mengelilingi seseorang atau se­suatu, mengerubungi: setibanya di rumah, dia dikerumuni anak-anaknya; semut ~ gula; mengerumunkan = memperkerumunkan ark mengerumuni: maka dikerumunkanlah oleh perahu-perahu Siak itu; kerumunan kumpulan orang yg berkeru­mun: dlm beberapa saat itu, aku hilang dlm ~ mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
membela1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka;2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
lagak1. gaya atau tingkah laku yg menunjukkan keangkuhan atau kesombongan: ~nya spt orang bijak pandai. 2. tak ubahnya spt; bagai: Apabila ditegur, ia menangis ~ anak-anak kecil. berlagak 1. berkelakuan sombong; bersikap angkuh: Jangan engkau cuba hendak ~ di depan aku kerana aku tahu siapa engkau. 2. berkelakuan spt; bersikap seolah-olah:Dia ~ pandai tetapi apabila disoal, ia tidak tahu. melagakkan memperlihatkan dgn sombong: Dia ~ kereta barunya seolah-olah dia sajalah yg berkereta. pelagak orang yg suka berlagak.Kamus Pelajar
suka1 perasaan senang atau perasaan gembira: Hanya engkaulah sahabatku dlm ~ dan duka. 2 = ~ hati (berasa) senang hati; (berasa) gembira; girang: Aku tidak ~ tinggal di kampung ini. 3 mahu mengerjakan sesuatu; gemar akan sesuatu; berkenan akan sesuatu: Aku boleh pergi bila-bila aku ~. Aku tidak ~ engkau mengganggu mereka. 4 menaruh perasaan kasih atau sayang: Tidak ada ibu yg tidak ~ akan anak-anaknya. bersuka-suka bergembira; bersenang-senang: Pd ketika itu, baginda telah pergi ke Rembau ~ beberapa lama. bersuka-sukaan 1 bergembira beramai-ramai (dgn makan minum, nyanyian dsb): Setelah itu menteri Kelahan pun berjamu makan minum ~ tiga empat hari lamanya. 2 bercinta-cintaan (antara lelaki dan perempuan). menyukai 1 suka akan; menggemari; meminati: Kanak-kanak sangat ~ filem kartun. 2 menaruh kasih kpd; suka kpd; menyayangi: Banyak gadis yg ~nya. menyukakan menyebabkan menjadi suka; menjadikan suka; menggirangkan hati; menggembirakan: Apa yg ~ engkau tinggal di kampung ini? kesukaan 1 keadaan atau rasa suka; kegembiraan: Mereka bermain beramai-ramai dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai; apa-apa yg menyukakan; kegemaran; kemahuan: ~nya pd waktu lapang ialah memancing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berdoabermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berdoabermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas