menikmati | 1. mengecap (nikmat), mengalami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. mengalami, merasai: menjadi suatu tanggungjawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ pengalaman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menempuhi | mengalami (kesukaran dll), menderita (kesulitan dll): mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan; ~ hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menderitakan | membuat seseorang mengalami derita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelumpuhan | perihal lumpuh: setelah mengalami ~ selama beberapa tahun, kesatuan itu mulai bergerak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehalobaan | ketamakan: segala penderitaan, ~ dan kecurangan yg saya alami tidak terkikis utk beberapa lama; loba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersendat | 1. tersumbat (saluran dll), ter-ketat, tersekat: negara-negara maju meng-alami keadaan ~ disebabkan birokrasi pen-tadbiran yg berlebih-lebihan; 2. = tersendat-sendat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
progeria | (progéria) (Ubat) keadaan tua yg dialami sebelum waktunya, yg biasanya dialami semasa peringkat kanak-kanak lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
delusi | (délusi) pendapat (idea, kepercayaan, dll) yg silap atau mengelirukan: dia mengalami ~ kebesaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
toksoplasmosis | (Ubat) sj penyakit yg disebabkan oleh jangkitan parasit Toxoplasma gondii yg boleh mengakibatkan seseorang itu meng-alami jaundis, dan pembesaran hati dan limpa dan badannya menggigil-gigil dan terkejang-kejang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengulangan | perihal (perbuatan dsb) meng-ulang (mengulangi): ada satu lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yg dlm ~nya meng-alami pergantian bunyi vokal atau bunyi konsonan; ~ kesalahan demikian tidak dapat dibiarkan begitu saja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |