alas kubur | orang yg memikul kesalahan orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alas | I 1. sesuatu yg menjadi lapik tempat meletakkan sesuatu yg lain, tempat berdiri sesuatu, asas, dasar; ~ cawan tempat diletakkan cawan, piring; ~ tiang asas tempat berdirinya tiang; 2. kain dsb yg digunakan utk menutup sesuatu (spt meja dll), lapik, tutup; ~ bantal sesuatu yg ditaruh di atas bantal (jikalau tidak bersarung); 3. (Kej) bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu gandar atau yg memegang gandar yg berpusing; ~ baju lapik baju; ~ cap ark wang yg harus dibayar kpd pegawai sultan yg membuat naskhah; ~ kaki sesuatu (spt tikar atau bangku) tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dsb); ~ kata ki kata pendahuluan; ~ kubur orang yg memikul kesalahan orang lain; ~ meja lapik meja, kain penutup meja; ~ muatan tolak bara (pemberat sbg pengimbang) di bawah muatan perahu; ~ perut makan pagi, sarapan sekadar menghilangkan rasa lapar; ~ peti tutup peti; ~ rumah ark asas rumah (dasar rumah); ~ ternang bokor tempat diletakkan bekas air (spt teko dll); jadi ~ cakap utk sagu hati kerana jasa yg telah disumbangkan; beralas 1. memakai alas, berlapik: cawan yg tidak ~; meja-meja itu belum ~ lagi; 2. mempunyai asas (sbg bukti, keterangan, dsb), berasas: kata-katanya tidak ~; 3. ki (bkn cakap) berhati-hati menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan; beralaskan 1. mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg alas, berlapik: meja yg ~ kain putih; mangkuk yg ~ piring kuih; 2. mempunyai (menggunakan dll) sbg asas, atas asas atau dasar, berasaskan: ia ditangkap ~ bukti-bukti yg nyata; mengalas, mengalasi memberi beralas, memberi berlapik, berlaku sbg alas (lapik) kpd: ia berbaring dan tangannya ~ tengkuknya; ~ perut makan pagi; dialas bagai memengat prb apabila bercakap hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu; mengalaskan 1. menjadikan (meletakkan sbg) alas: ~ sehelai tikar di bawah meja; 2. mengasaskan (mendasarkan) pd: ~ tuduhan-tuduhan pd cakap orang sahaja; alasan 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pendapat, dll), sebab: apa ~ ia bertindak demikian?; jawatankuasa itu mempunyai ~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan jentera di tengah-tengah kayu ~; beralasan mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan, berasas: ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan; tuduhan-tuduhan yg tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu | 1. bahan galian pepejal yg bukan logam (tidak terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dlm air); 2. sj permata (utk mata cincin dll); ~ kecubung sj permata yg berwarna ungu kebiru-biruan; 3. sj permata buatan (dipakai dlm jam dll): jam tangan 17 ~; 4. penjodoh bilangan bagi gigi: se~ gigi; 5. ukuran jarak: kampungku letaknya 10 ~ dr sini; 6. buah (dlm permainan catur): tidak dapat kami bermain catur lagi kerana beberapa ~ hilang; 7. Id bateri (lampu picit): lampu picit tiga ~; 8. ki keras: berhati ~; ~ air = ~ kali = ~ sungai batu yg terdapat di sungai-sungai; ~ ajuk batu (timah dll) pd tali kail utk pemberat; ~ alas tempat tiang rumah berdiri; ~ ali(-ali) anak ali-ali; ~ ambar sj batu yg terdapat di pantai (dibuat paip dll); ~ amzil batu canai (asuhan); ~ anggur asaman yg diambil drpd buah-buahan; ~ anting batu (timah dll) pd tali utk pemberat; ~ api a) batu pencetus api (pd pantik api dll); b) ki penghasut; ~ apung batu yg ringan dan tidak tenggelam dlm air; ~ arang = ~ bara arang yg diambil dr dlm tanah; ~ asah(an) batu utk mengasah perkakas (pisau dll); ~ asas a) batu dasar tempat mendirikan sesuatu (rumah dll); b) ki dasar; ~ badar batu hablur utk mata cincin; ~ bata bata; ~-batan a) berbagai-bagai jenis batu; b) batu karang; ~ belanda permata buatan; ~ berani = ~ semberani besi atau bijih besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain; ~ bersurat = ~ bertulis batu yg berpahat dgn huruf-huruf tulisan kuno; ~ besi sj batu yg keras, granit; ~ bintang a) sj batu yg berasal drpd bintang gugur; b) sj batu yg mengandungi hablur; ~ canai gerinda; ~ dacing = ~ timbang timah (besi dll) pd dacing utk menimbang berat barang; ~ dapur = ~ tungku batu tempat meletakkan periuk sewaktu memasak; ~ duga batu (timah dll) utk menduga dalamnya laut; ~ geliga batu yg terdapat dlm tubuh binatang (ular, landak, dll) yg mempunyai khasiat utk menawar bisa dll; ~ giling batu tempat menggiling rempah dll; ~ hampar batu yg lebar dan rata; ~ hempedu ketulan keras spt batu yg terbentuk di dlm pundi hempedu sehingga boleh menyebabkan rasa sakit; ~ hidup batu yg mempunyai kekuatan ghaib; ~ jemala = ~ kepala kepala; ~ johor hablur; ~ kail batu timah; ~ kapur batu yg mengandungi kapur; ~ karang karang laut; ~ kawi mangan; ~ kerikil = ~ kelikir batu kecil-kecil; ~ ketapakan = ~ tapakan a) batu tumpuan; b) ki dasar; ~ kisaran batu khas utk mengisar tepung, rempah, dll; ~ koral = ~ kolar Jk batu karang (laut); ~ kulansing batu besi; ~ lada kerikil yg halus; ~ ladung batu ajuk; ~ lengan otot pd pangkal lengan; ~ lod (Geo) bijih besi yg mempunyai kuasa magnet; ~ loncatan a) batu yg digunakan sbg landasan melompat; b) ki orang atau tempat yg dipergunakan utk mencapai sesuatu; ~ luru alat tempa yg berupa batu sungai atau granit licin, digunakan utk melicinkan (menggilapkan) permukaan tempaan; ~ marmar batu kapur berhablur yg boleh digilap dan digunakan utk binaan dan ukiran; ~ merah tanah liat (batu) yg merah; ~ meroyan sj penyakit perempuan yg baru melahirkan anak; ~ nautika unit ukuran jarak di laut yg bersamaan dgn 1852 m (6080 kaki); ~ nisan batu di atas atau di satu hujung kubur, biasanya ditulis nama dan maklumat si mati; ~ pasir batuan yg terbentuk drpd pasir yg mampat, biasanya digunakan sbg bahan binaan dsb; ~ pejal batu besi; ~ pelinggam sj marmar; ~ penghalang halangan; ~ pualam marmar; ~ sarawak sj galian (bijih) yg mengandungi belerang dan antimoni; ~ sempadan batu utk menandakan sempadan; ~ sendi a) batu alas; b) ki dasar, asas; ~ seremban batu yg digunakan dlm permainan seremban; ~ tanda a) batu yg menunjukkan jarak di antara satu tempat ke satu tempat yg lain; b) peristiwa penting dlm sejarah, kehidupan, dll: peristiwa itu menjadi ~ tanda bermulanya sejarah perkembangan bahasa dan sastera Melayu di tanah air kita; ~ tara batu sempadan; ~ timbul batu apung; ~ tolak bara sl batu pemberat yg digunakan sbg pengimbang dlm perahu: maka oleh Semerluki, diambilnya suatu ~ tolak bara, dicampakkannya di Selat Ungaran; ~ tulis a) Id papan batu; b) batu bertulis, batu bersurat; ~ ubin batu yg dipakai utk lantai rumah; ~ ujian a) batu tempat menguji emas; b) percubaan, cabaran; ~ bulat tak bersanding = ~ hitam tak bersanding prb orang yg kelihatan lemah lembut tingkah lakunya dsb, tetapi sebenarnya keras hatinya (tidak takut menghadapi sesuatu); ~ direbus masakan empuk prb orang yg bodoh itu bagaimanapun tidak mungkin diajar; ~ jatuh ke lubuk prb hilang lenyap; ~ kecil berguling naik, ~ besar berguling turun prb orang yg hina menjadi mulia kerana harta dan orang yg berasal menjadi hina kerana tidak berharta; ~ pelesing prb orang yg kecil tetapi berhati keras; ~ pun empuk, jangan hati manusia prb perkataan yg lemah lembut boleh menawan hati; ~ yg keras air pelekuknya, hati yg keras lidah pelembutnya prb orang yg keras hati itu hanya dapat dipujuk dgn kata yg lemah lembut; ~ yg selalu bergolek dlm sungai itu tiada dihinggapi lumut prb orang yg selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang, atau orang yg tidak tetap mata pencariannya tidak akan kaya; berbunyi ~, berbunyilah dia prb orang yg tidak dapat berkata-kata (menjawab) kerana kedapatan kesalahannya; lempar ~ sembunyi tangan prb melakukan sesuatu (kejahatan dll) tetapi kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-menahu; mencampakkan ~ keluar prb menolong orang lain tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri; muncung penuh air, perut berisi ~ prb tidak dapat mengatakan sesuatu (bkn kesalahan orang) kerana telah terhutang budi; patah ~ hatinya prb habis seluruh kemahuannya (minatnya) utk meneruskan pekerjaan dll; tiada terkajang ~ di pulau prb tidak terlayan kehendak semua orang;berbatu dilitupi atau mempunyai batu: kereta itu melalui jalan yg ~ kerikil;berbatu-batu banyak batu jaraknya: mereka terpaksa berjalan ~ sebelum sampai di bandar;membatu 1. menjadi keras (spt batu): tanah sudah mulai keras ~ kerana lama kemarau;2. berdiam diri, tidak mahu bercakap: mereka bersikap ~ dan membisu; 3. melontari dgn batu: kedai si Ah Kau dibatu orang pd malam hari;membatui membubuh batu (di jalan, kubur, dll);membatukan; ~ diri mendiamkan diri, tidak mahu bercakap, membatu; batuan (Geo) gumpalan atau ketulan bahan galian, spt arang batu, batu kapur, granit, dll yg membentuk sebahagian drpd kerak bumi; ~ enapan batuan yg terbentuk drpd pengumpulan enapan yg dibawa oleh air, udara, dll;perbatuan jarak dlm batu yg dilalui oleh kenderaan bermotor dlm sesuatu tempoh masa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air I | 1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain; ~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll; ~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garamnya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) permukaan air; b) rupa muka (yg membayangkan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; ~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembahyang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll); ~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat memadami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri); adakah dr telaga yg jernih mengalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu); bagai minum ~ bercacing prb hal orang yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditimba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garam | Kamus Dewan Edisi Keempat |