amanat | amanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
amanat | amanah. | Kamus Pelajar |
amanah | 1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan yg menentukan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional; 7. ark pesan, amanat; beramanah ark beramanat; mengamanahkan 1. mempercayakan (menyerahkan kepercayaan) kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakhoda Jaya; 2. ark mengamanatkan; pengamanahan perihal (perbuatan, tindakan dsb) mengamanahkan: penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah upacara ~ tanggungjawab kpd pembawa adat; pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan, melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesan | 1. amanat (nasihat, permintaan, suruhan, dll) yg diterima (diteruskan kpd orang lain): ia teringat ~ ayahnya supaya surat itu jangan diberi kpd tangan orang lain; ada ditinggalkan ~ sebelum ia berangkat tadi; 2. amanat (nasihat, wasiat, dll) yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal: emaknya yg baru mati tidak sempat meninggalkan apa-apa ~ kepadanya; 3. permintaan barang utk dibeli, tempahan; ~ dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati prb mempercayakan sesuatu kpd orang dgn tidak percaya bulat-bulat; berpesan 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagangan), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya; memesan 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah: tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat; memesani berpesan (memesan) kpd: maka kata orang yg dipesani itu, “Baiklah”; memesankan 1. memesan kpd; 2. memesan (barang dll) utk orang: sudah saya pesankan tuan buku itu; 3. meminta (menerusi orang lain) supaya datang dll: apa maksud ~ saya ke mari? pesanan 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan); pemesanan perbuatan memesan (memesankan); pemesan orang yg memesan atau menempah (barang dll): ~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amanat | Ar 1. pesanan, wasiat, nasihat: itulah ~ orang tuanya kepadanya; penentuan itu diterima oleh orang-orang Islam sbg suatu ~ Khalifah yg wajib ditaati; 2. amanah; beramanat menyampaikan (memberikan, meninggalkan) pesan, berpesan; mengamanatkan memberikan amanat kpd, menyampaikan pesanan, menasihati: Perdana Menteri ~ rakyat supaya bertekun menghadapi segala kesulitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengamanatkan | memberikan amanat kpd, menyampaikan pesanan, menasihati: Perdana Menteri ~ rakyat supaya bertekun menghadapi segala kesulitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manah I | bp kep amanah (amanat); harta ~ = mas ~ Mn a) harta benda (yg dipusakai drpd nenek moyang); b) persembahan yg diberikan kpd raja (sewaktu raja mengadakan majlis perkahwinan dll); bermanah mempunyai harta benda, banyak meninggalkan harta benda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyerlahan | perihal (usaha, proses, dsb) menyerlahkan sesuatu, penonjolan: amanat yg mengarah kpd ~ permasalahan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memandaikan | 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesanan | sesuatu (spt perintah, nasihat) yg mesti dilakukan atau yg mesti disampaikan kpd orang lain; amanat: Apabila sampai di rumah nanti, jangan lupa menyampaikan ~ ini kpd ayahmu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |