maafkanlah | ampunilah: ~ sahajalah budak itu, dia masih belum tahu apa-apa; minta ~ minta diampuni; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
astaghfirullah | Ar Ya Allah, ampunilah aku (disebutkan juga sbg menyatakan kehairanan, terkejut, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mohon | 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “~ patik, tuanku”; bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permintaan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan; memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~ kehendakmu itu kpd Allah Taala; permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak; pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maaf | 1. kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang drpd hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dsb), ampun: Omar meminta ~ drpd bapanya; memberi ~ mengampuni; 2. = maafkanlah ampunilah: ~ sahajalah budak itu, dia masih belum tahu apa-apa; minta ~ minta diampuni; bermaaf-maafan saling memberi ampun: Ros mengesat air matanya setelah ~ dgn Jamilah; memaafi memberi ampun (maaf) kpd, mengampuni: sekali dua dia boleh dimaafi; memaafkan mengampunkan kesalahan (kesilapan dll), tidak menganggap salah dll lagi: sudilah kiranya engkau ~ kesalahanku lahir batin, dunia akhirat; permaafan perihal bermaaf-maafan; pemaaf 1. orang yg rela memberi maaf (memaafkan); 2. bersifat suka memaafi atau memaafkan: dia seorang dermawan yg meren-dah diri, khusyuk, dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |