selara II | ; anak ~ anak ikan sembilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdecup | berbunyi spt bunyi benda kecil yg padat jatuh ke air: anak-anak ikan ~-decup menangkap kelekatu yg jatuh ke kolam itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merandaukan | memasukkan benda-benda lain dlm makanan (supaya lebih sedap atau banyak): biarlah hamba randaukan dahulu sayur-mayur, nantilah hamba cari anak-anak ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
decup | bunyi cup-cup spt bunyi benda kecil yg padat jatuh ke air; berdecup berbunyi spt bunyi benda kecil yg padat jatuh ke air: anak-anak ikan ~-decup menangkap kelekatu yg jatuh ke kolam itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
caca I | sj masakan drpd sayur-sayuran dll yg berkuahkan cuka; ~ anak ikan caca yg dicampur dgn ikan kecil, pekasam anak ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
randau I | ; merandau memasukkan benda-benda lain dlm makanan supaya menjadi lebih sedap atau lebih banyak; merandaukan memasukkan benda-benda lain dlm makanan (supaya lebih sedap atau banyak): biarlah hamba randaukan dahulu sayur-mayur, nantilah hamba cari anak-anak ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kocolan | Jk anak ikan gabus yg kecil-kecil (dijadikan umpan pancing). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak selara | anak ikan sembilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
caca anak | ikan caca yg dicampur dgn ikan kecil, pekasam anak ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikan | sj binatang yg hidup dlm air dan bernafas melalui insang (bertulang belakang); ~ air tawar ikan yg hidup di dlm air tawar (spt sungai, paya, dll); ~ asap ikan yg diasinkan dan dipanggang; ~ asin = ~ masin ikan yg dibubuh garam dan dikeringkan; ~ bakar ikan panggang; ~ basah ikan yg tidak diawet; ~ belukang (bedukang) a) sj ikan laut; b) ki laki-laki yg suka memburu perempuan (tidak memilih bulu); ~ cabut Kl ikan yg dibahagi-bahagikan antara anak perahu (selain yg dijual); ~ darat ikan air tawar; ~ juara a) sj ikan darat; b) Kl, ki orang yg suka menyampuk percakapan orang lain (yg tidak kena-mengena dengannya); ~ kering ikan yg dikeringkan (dijemur) dan biasanya diasinkan; ~ laut ikan yg hidup di laut; ~ pekasam ikan yg dibubuhi garam dan asam dan disimpan agak lama; ~ pelaga = ~ sepilai = ~ tempilai sj ikan kecil utk diperlagakan; ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api; ~ belum dapat, airnya sudah keruh prb pekerjaan yg tidak bijaksana (keadaan menjadi buruk sebelum pekerjaan itu selesai); ~ biar dapat, serampang jangan pukah prb pekerjaan yg dibuat itu hendaklah mendapat faedah supaya jerih payah jangan hilang percuma; ~ di laut, asam di darat, bertemu juga dlm belanga prb biarpun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi suami isteri juga; ~ gantung, kucing tunggu prb kesal melihat barang yg diingini tetapi tidak mungkin diperoleh; ~ lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan prb membuat persediaan utk mengecap hasil drpd sesuatu perkara yg belum tentu akan diperoleh; ~ seekor rosakkan ~ setajau = sekembu rosak oleh ~ seekor prb sebab yg sedikit habis rosak yg banyak; ~ terkilat, jala tiba prb cepat menangkap maksud cakap orang (sebelum habis diperkatakan sudah dapat dijawab); ada air adalah ~ prb ada negeri adalah rakyatnya; anak-anak ~ kecil menjadi makanan ~ besar prb orang kecil (rakyat biasa) selalu di bawah perintah orang besar-besar; bagai ~ kena tuba prb banyak orang yg sakit atau mati dlm sesebuah kampung (negeri); dituba sajakah ~ dijala, dijaring bukankah ~? prb pd orang yg tidak malu sama saja bernikah atau berjahat; jangan disangka ~ lais-lais tiada menyengat prb jangan dipermudah-mudahkan orang yg lemah, ada kalanya ia dapat menyusahkan orang yg kuat; spt ~ pulang ke lubuk prb orang yg telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak berdagang semula; terkilat ~ di dlm air sudah tahu jantan betinanya prb orang yg bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam dangkalnya ilmu) seseorang itu drpd gerak-geri; tersaukkan ~, suka, tersaukkan batang, masam prb bersuka ria ketika mendapat untung tetapi lekas marah ketika mendapat kerugian; ular bukan, ~ pun bukan prb seseorang yg payah hendak ditentukan sama ada ia baik atau jahat; walau ~ yg diam di dlm tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dlm pukat juga prb sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia, ada kalanya silap juga; berikan 1. mempunyai ikan; 2. mencari atau menangkap ikan; pergi ~ pergi mencari ikan; perikanan urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan; pengikan Mn suka makan ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |