kunci I | 1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarumnya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalansoalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (motor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai persetujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (membongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya; mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. mengakhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak kunci | alat yg dimasukkan ke dlm lubang pd pintu atau pd mangga dan diputarkan utk mengancing atau utk membukanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anak kunci | alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunci maling | Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berputar | 1. berpusing, berkisar, berkitar, berpusar: anak kunci ~; ceritanya ~ pd soal cinta; roda ~ dgn kelajuan 3 radian tiap-tiap saat; 2. berganti arah, berbelok, berkelok: ia ~ ke jurusan lain; 3. beredar (bergerak, berjalan) berkeliling: ~ dr pejabat ke padang tenis; wang baru Malaysia sudah ~; kapal terbang itu dua kali ~ di atas kota; ~ fikiran berubah fikiran; ~ haluan berganti haluan; ~ kecek (cakap) beralih (berubah) percakapan; ~ lidah berbelit-belit perkataannya, mengingkari janji, berbohong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunci setolok | anak kunci yg sesuai dgn berbagai-bagai kunci (mangga); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak kunci | alat utk membuka kunci. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghilangkan | menyebabkan atau menjadikan tidak ada lagi; melenyapkan; menghapuskan: Dia dimarahi oleh ibunya kerana ~ anak kunci. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelang kunci | gelang utk menggantungkan anak kunci; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gugus | 1. benda yg tumbuh banyak-banyak pd setangkai (buah-buahan), benda yg sama jenisnya (anak kunci dll) yg dikumpulkan dalam satu ikatan, rangkai, kelompok, tompok: se~ rambutan; 2. = gugusan serangkai, sekelompok, setompok: ~ pulau-pulau; 3. (Lin) urutan unsur linguistik yg berupa bunyi atau golongan kata: ~ konsonan; ~ akhir (Lin) gugus konsonan yg letaknya di akhir suku kata, mis ks dlm kompleks; ~ awal (Lin) gugus konsonan yg letaknya di awal suku kata, mis pr dlm prasejarah; ~ konsonan (Lin) gabungan dua konsonan atau lebih yg berurutan dlm satu suku kata, mis kl dlm klasik dan pr dlm protes; bergugus-gugus berkelompok-kelompok (bkn pulau, bintang, buah-buahan dsb), bertompok-tompok: setengah-setengah pokok kelapa itu sudah berbuah dgn lebatnya ~ pd tandannya; gugusan sesuatu yg berada dlm kelompok: ~ pulau-pulau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |