ribut I | 1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak terkawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin kencang di padang pasir yg menyebabkan kepulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu perkara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bora | angin kencang timur laut yg sejuk dan kering yg bertiup menuruni gunung di pantai timur Adriatik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut salji | angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turun ribut | angin kencang bertiup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggara | mata angin di antara timur dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah tenggara; (angin) ~ mandi angin kencang dr tenggara; musim ~ musim tengkujuh (dr bulan April hingga bulan Oktober); menenggara ke sebelah tenggara; selatan ~ mata angin di antara selatan dgn tenggara; timur ~ mata angin di antara timur dgn tenggara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdesing | 1 berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: Angin kencang ~ sebelum hujan turun dgn lebatnya. 2 = telinga ~ ki timbul rasa marah (sakit hati dll): ~ telinganya apabila mendengar kata-kata yg menghinanya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sar I | bunyi spt bunyi angin kencang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersendengan | agak miring (condong, senget) letaknya: kalau angin kencang, layar perahu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angin kencang kelat | angin yg keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut api | api kebakaran yg tidak terkawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; | Kamus Dewan Edisi Keempat |