berselang | 1. berantara (waktu), ada antaranya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selang I | 1. lat (waktu, tempat, dll): ~ beberapa lama dr itu, permaisuri pun hamillah pula; meriam ditembak ~-~ satu minit; 2. = selangan sesuatu yg letaknya di antara benda lain: tanaman ~; ~ surup Jk salah faham; berselang 1. berantara (waktu), ada antaranya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; berselang-selang 1. saling berganti, berganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi mengarangkan dia dlm tempat cap; berselangan menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk mengukuhkannya; menyelang 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; menyelangi mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai penduduknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; selangan 1. sesuatu yg letaknya di antara benda lain; 2. lat atau jarak (bkn waktu): bunyi itu terdengar dgn ~ masa yg sama; berselangan ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; perselangan 1. perihal berselang; 2. selang: apabila kita mainkan filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pd layar; penyelangan perihal (perbuatan atau proses) menyelang atau menyelangi; penyelang sesuatu yg menyelang (mengantarai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hijab | Ar 1. kain penutup, mis tabir atau tirai; 2. tudung labuh penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita: masyarakat Islam ketika itu belum lagi memakai ~; 3. ki sekatan yg memisahkan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, penyekat, dinding: solat adalah masa Allah mengangkat ~ di antara-Nya dgn hamba-Nya; berhijab memakai hijab: wanita yg ~ berpegang teguh pd etika agamanya; beliau juga menemui wanita-wanita yg ~ di rumah mereka; terhijab 1. tertutup: semua aurat sudah tidak ~ lagi; 2. ki tersekat, terhalang: ada di antara manusia yg ~ utk mendapat pimpinan dan petunjuk drpd Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beza | /béza/ 1 sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2 ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb: Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1 menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2 memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan 1 perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. 2 ist (fasa) perkembangan sel bukan khusus menjadi sel khusus utk menjalankan fungsi tertentu. pembeza 1 orang yg membezakan. 2 alat yg digunakan utk membezakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beza | /béza/ 1. sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2. ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb:Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1. tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2. tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1. menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2. memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. pembeza 1. orang yg membezakan. 2. alat yg digunakan utk membezakan. | Kamus Pelajar |
pegawai menengah | pegawai yg pangkatnya antara pegawai tinggi dgn pegawai rendah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selang I | 1 waktu yg terdapat antara dua masa; antara (bkn tempat, peristiwa dll); lat: ~ beberapa bulan, kami pulang lagi ke kampung. 2 = selangan apa-apa yg terletak di antara dua benda: tanaman ~. berselang ada selangnya atau ada antaranya (di antara satu dgn yg lain); berantara: Rumah saya ~ dua pintu dr rumahnya. menyelang 1 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyela: Pertunjukan itu menarik kerana diselang dgn lawak jenaka dan nyanyian. 2 menyampuk percakapan orang; mencelah percakapan orang. menyelangi menjadikan sesuatu berselang (oleh sesuatu): Bunyi guruh sayup-sayup diselangi angin menderu. menyelangkan meletakkan sesuatu supaya menjadi berselang. perselangan perihal atau perbuatan berselang: ~ antara terang dgn gelap yg biasa berlaku setiap hari mempunyai kesan yg menakjubkan terhadap kehidupan tumbuh-tumbuhan berbunga. penyelangan perihal atau perbuatan menyelang, menyelangi atau menyelangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dahi | 1. bahagian muka di antara kening dgn kaki rambut: ~nya berkerut; bulu ~ kening; ~nya kiliran taji ki dahinya licin; ~nya sehari bulan ki kaki rambutnya melengkung spt bulan sehari; 2. ki bahagian depan (sesuatu) yg boleh disifatkan sbg dahi; ~ layar kayu pd tiang utk menguatkan layar; biar ~ berluluk asal tanduk mengena prb biar bersusah payah asal maksud tercapai; siapa pun jadi raja, tangan aku ke ~ juga prb siapa pun yg berkuasa, aku tetap menghormatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terandaikan | dapat diandaikan: tidak ~ adanya perbezaan antara dua hak yg serupa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sektor | (séktor) 1. bahagian bulatan yg letaknya di antara dua garisan lurus dr pusat bulatan itu, tembereng tajam; 2. bahagian (daerah) pertempuran (ketenteraan); 3. bidang sesuatu usaha (kegiatan industri, pertanian, dll): ~ pertanian merupakan tulang belakang eko-nomi Malaysia; ~ awam bidang yg berkaitan dgn kerajaan dan orang ramai; ~ swasta bidang yg berkaitan dgn pihak swasta (spt syarikat-syarikat perniagaan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |