aplikasi | 1 kegunaan (pd praktiknya). 2 ist atur cara atau program komputer yg direka khusus utk kegunaan tertentu. mengaplikasikan menggunakan secara amali: Setiap pelajar perlu ~ pengetahuan yg dipelajari di sekolah dlm kehidupan harian. pengaplikasian perihal atau perbuatan mengaplikasikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aplikasi | kegunaan (pd praktiknya); mengaplikasikan menggunakan secara praktik atau amali, melaksanakan atau menggunakan pd amalan: mereka mengetahui beberapa banyak teori dan terlalu ingin ~ teori itu ke dlm sesi yg baru dimulainya; pengaplikasian perihal (perbuatan) mengaplikasikan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghijrahan data(data migration) | Proses perpindahan data dari suatu pelantar atau aplikasi komputer ke pelantar atau aplikasi komputer yang lain. | Kamus Komputer |
paparan terformat(formatted display) | Paparan skrin aplikasi yang telah diformat oleh pengguna supaya memaparkan data dalam suatu bentuk perwakilan atau mengikut kedudukan tertentu. | Kamus Komputer |
WAP | akronim bagi Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yg membolehkan pengguna mengakses internet dgn menggunakan telefon bimbit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan hitam(blackboard) | Pangkalan data sejagat yang boleh dicapai oleh aplikasi penyelesaian masalah untuk menyimpan nilai separa atau maklumat segera. | Kamus Komputer |
stesen kerja grafik(graphic workstation) | Perkakasan komputer yang direka bentuk untuk digunakan oleh seorang pengguna pada satu-satu masa untuk menjalankan aplikasi grafik bermutu tinggi. | Kamus Komputer |
elektronik | (éléktronik) 1. bkn elektron; 2. bkn (penggunaan) alat yg dibina (dijalankan) dgn kaedah (prinsip) teknologi elektron: barang-barang ~; 3. cabang fizik dan teknologi yg berkaitan dgn gerak laku, pembangunan, aplikasi dsb litar dan peranti elektronik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terapan | 1. keris yg bilahnya berlekuk panjang pd bahagian tengahnya; 2. penyalut pd sarung keris (drpd emas, perak, dll), penduk-penduk; 3. (sesuatu) yg lain dipraktikkan, (sesuatu) yg digunakan atau dikenakan pd sesuatu lain, aplikasi: institusi perguruan mengadakan kursus linguistik asas dgn tumpuan pd tatabahasa ~ utk memberi pendekatan kpd pelatih tentang aspek-aspek asas dlm ilmu bahasa; leksikografi merupakan cabang ilmu linguistik ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terap IV | juru~ tukang yg memasang atau membaiki jentera (kereta dll), jurusawat, mekanik; berterap berukir; menerap 1. mengikat atau memasang permata pd cincin (keris dll), mengikat permata pd tempat ikatannya; 2. mengikat bata dll (utk lantai, dinding); 3. memasang enjin (mesin dll); menerapkan mempraktikkan, mengenakan pd, menyerapkan (memasukkan) ke dlm: gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya; utk ~ keenam-enam aspek ini ke dlm sistem pendidikan, kita memerlukan satu penggubalan dan pentakrifan yg menyeluruh; terterap (telah) diterapkan (dipraktikkan, diserapkan dsb): konsep pendidikan seumur hidup sudah ~ ke dlm minda masyarakat kita; di sebalik peristiwa itu, ~ unsur pemikiran, falsafah dan nafas keislaman yg menjadi pegangannya; terapan 1. keris yg bilahnya berlekuk panjang pd bahagian tengahnya; 2. penyalut pd sarung keris (drpd emas, perak, dll), penduk-penduk; 3. (sesuatu) yg lain dipraktikkan, (sesuatu) yg digunakan atau dikenakan pd sesuatu lain, aplikasi: institusi perguruan mengadakan kursus linguistik asas dgn tumpuan pd tatabahasa ~ utk memberi pendekatan kpd pelatih tentang aspek-aspek asas dlm ilmu bahasa; leksikografi merupakan cabang ilmu linguistik ~; keterterapan perihal (keadaan atau sifat) dapat diterapkan; penerapan 1. perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentadbiran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan; penerap 1. orang yg kerjanya menerap (bata, permata dsb): kita telah agak biasa dgn pekerja am mis seorang ~ bata; 2. orang yg menerapkan sesuatu (nilai, ilmu dsb): kita juga harus bertindak sbg ~ nilai-nilai yg murni dlm kehidupan keluarga dan masyarakat; 3. alat utk menerap sesuatu (bata dsb): alat ~ bata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |