demi | 1 dgn (atas) nama Tuhan dll utk bersumpah: ~ Allah, saya tidak melakukan pembunuhan itu. 2 lepas satu, satu: Direnungnya orang itu seorang ~ seorang utk mencari orang yg mencerobohi rumahnya. 3 kerana; untuk: ~ kepentingan rakyat, kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai projek. 4 sebaik-baik saja; selepas: Dia terus menangis ~ mendengar berita buruk itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
a.n. | kep atas nama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdemi Allah | bersumpah dgn (atas) nama Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdemi | ; ~ Allah bersumpah dgn (atas) nama Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demi | 1. sebaik sahaja (didengar, dilihat, dll), pd ketika: dia jatuh pengsan ~ didengarnya berita kemalangan yg menimpa anaknya; 2. dengan, atas (nama Tuhan dll, diucapkan sewaktu bersumpah, berikrar, dsb): ~ Allah, saya berkata benar; 3. kerana, untuk: ~ kepentingan dan kebajikan rakyat, maka berbagai-bagai rancangan pembangunan yg besar dijalankan; 4. yg satu (seorang) mengikuti yg lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yg lainnya); dilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu; berdemi; ~ Allah bersumpah dgn (atas) nama Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demi | 1. dgn (atas) nama Tuhan dll utk bersumpah: ~ Allah, saya tidak melakukan pembunuhan itu. 2. lepas satu, satu: Direnungnya orang itu seorang ~ seorang utk mencari orang yg mencerobohi rumahnya. 3. kerana; untuk: ~ kepentingan rakyat, kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai projek. 4. sebaik-baik saja; selepas: Dia terus menangis ~ mendengar berita buruk itu. | Kamus Pelajar |
atas nama | dgn menggunakan nama, utk kepentingan, demi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketertiban | 1. peraturan (dlm masyarakat dll), aturan: atas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir; 2. = adat ~ kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini; 3. keadaan yg rapi, kerapian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurniaan | anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dengan nama Allah | atas nama Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |