Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagar (kata nama)
Bersinonim dengan pagar pokok, pagar hidup, pagar renek, pagar kawat, pagar pancang, pagar sua;,
Kata Terbitan : berpagar, berpagarkan, memagar, memagari,

Puisi
 

Anak musang jalan meniti,
     Titi mari atas pagar;
Tuan helang saya rajawali,
     Sama-sama mari menyambar.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
meranting1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ran­­­ting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. men­­jadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyusup1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu: mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu; diparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah; 2. masuk ke dlm (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dll), merempuh ke dlm: ia cuba ~ di celah-celah orang ramai yg berpusu­-pusu di kaki lima; 3. meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap: dingin malam ~ sampai ke tulang; 4. masuk dgn bersembunyi­-sembunyi atau diam-diam (dlm kalangan musuh dll), menyeludup masuk: ia ~ sampai ke dlm pertahanan musuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
diri II; berdiri 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. ~ atas berasaskan (berdasarkan) sesuatu; berdasar pd: Sekolah itu ~ atas sokongan ibu bapa. ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd bantuan orang lain; berdikari. mendirikan 1 menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2 membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3 menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. ~ rumah tangga berkahwin. terdiri 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. ~ atas ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. ~ di atas didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukit. ~ drpd terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. pendirian 1 pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2 perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. berpendirian mempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lompat Iperbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh; ~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengket-jengket (berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permain­an kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang (Suk) a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~ pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~ parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk menyokong atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua hari) selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a) meloncat ke kiri ke kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg diayun dan dipusing (permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk) acara meloncat melampaui suatu rin­tangan yg dapat ditinggikan atau direndah­kan; se~ hidup, se~ mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah mati); berlompatan, berlompat-lompatan me­loncat beramai-ramai, meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar; melompat mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, me­loncat: ia ~ turun ke tanah; melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn ~ pagar; 2. melompat (keatas) kpd seseorang atau ke sesuatu, mener­kam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya; melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan: ia ~ kudanya ke dlm parit; terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulut­nya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; pelompat orang yg melompat (dlm sukan); sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat melompat.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempel(témpél); gambar ~ gambar yg dapat di-lekatkan pd benda lain kalau dibasahi dgn air; bertempel 1. berdamping rapat (dgn), sangat karib dgn, sangat berdekatan: jangan ~ dgn dia; 2. melekat (pd), berlekat pd: gambar-gambar yg ~ di dinding sudah mulai kuning; bertempelan melekat di beberapa tempat: keping-keping daging masak jatuh ~ di atas lantai; menempel 1. melekat (pd), lekat (pd): poster pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembok dan tiang telefon; 2. menampal se­suatu dgn: dindingnya dibubuh papan, ditem­pel dgn baldu yg kuning dan merah; menempeli 1. menempel pd, melekati: Kartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yg penuh ditempeli dgn bermacam-macam gambar; 2. bp menumpangi sese­orang; 3. merapati seseorang (dgn maksud men­cari keuntungan dll); menempelkan 1. melekatkan sesuatu pd: mereka ~ berita itu di pagar-pagar; 2. ki me­rapatkan (telinga utk mendengar dll), me-le­kapkan: dia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalau-kalau ada orang di situ; 3. ki tetap kekal (perasaan dlm hati), melekat, bersebati: kepercayaanku pd agamaku makin ~ terus dlm hatiku; 4. menumpang (duduk dll), menebeng: dia ~ di rumah saudaranya; 5. berapat-rapat dgn (dgn maksud mencari keuntungan dll), menyobat: beliau sekarang mencuba ~ kpd Presiden; 6. memberi wang suap, menyogok, menyuap; tempelan 1. tempat menempelkan sesuatu; 2. sesuatu yg ditempelkan (spt label dll): dinding ini sudah terkopek-kopek papannya, tetapi dibersihkan oleh ~ kertas kuning; 3. orang yg ditempeli (ditumpangi dll); 4. Id cukai pasar (dgn resit yg ditempelkan); 5. Id bunga dll yg disematkan di baju (sbg tanda turut menderma kpd badan amal dll); penempelan proses menempelkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kubu1 pagar drpd kayu dll utk menahan serangan musuh dll. 2 tempat bertahan yg diberi berpagar dan dilengkapi senjata; benteng tempat menahan serangan musuh: Mereka membuat ~ di atas bukit itu. 3 tempat yg berpagar utk menangkap gajah. berkubu 1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu. berkubukan menggunakan sesuatu sbg kubu: ~ batang pisang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
susup; ~-sasap menyorok (masuk) ke sana ke mari: pengganas yg ditembak itu lari ~­sasap dlm hutan senduduk; menyusup 1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu: mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu; diparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah; 2. masuk ke dlm (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dll), merempuh ke dlm: ia cuba ~ di celah-celah orang ramai yg berpusu­-pusu di kaki lima; 3. meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap: dingin malam ~ sampai ke tulang; 4. masuk dgn bersembunyi­-sembunyi atau diam-diam (dlm kalangan musuh dll), menyeludup masuk: ia ~ sampai ke dlm pertahanan musuh; menyusupi 1. masuk dgn cara menyusup: kerajaan boleh melakukan tindakan ~ pertubuhan sukarela di seberang laut; 2. meresap masuk ke, meresapi: di luar, angin malam bertiup berat, ~ celah-celah dinding; menyusupkan 1. memasukkan (menyo­rokkan) ke bawah atau di celah-celah sesuatu: ia ~ surat itu ke bawah tilam; 2. menyo­rokkan, menyeludupkan: salah seorang drpd mereka berhasil ~ surat kepadaku; 3. ki memasukkan sesuatu (ke dlm sesuatu) secara tidak ketara: maka agak sukar bagi orang itu ~ ajaran agamanya; kesusupan kemasukan sesuatu ke dlm (daging dll), kesisipan, kesisiran; penyusupan perbuatan menyusup atau me­nyusupkan, penyeludupan: percubaan mereka dgn melakukan ~ dan serangan-serangan dlm gerombolan-gerombolan kecil ternyata tidak memberi bekas sama sekali; ~ kebu­dayaan Barat dlm Islam; penyusup orang yg menyusup masuk (secara diam-diam), penyeludup: kedua-dua ~ itu tidak bersenjata apabila ditangkap.Kamus Dewan Edisi Keempat
diri IIberdiri 1. bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2. tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3. (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. ~ atas berasaskan (berdasarkan) sesuatu; berdasar pd: Sekolah itu ~ atas sokongan ibu bapa. ~ atas kaki sendiri. tidak bergantung pd bantuan orang lain; berdikari. mendirikan 1. menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2. membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3. menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. ~ rumah tangga berkahwin. terdiri 1. (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2. (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3. (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. ~ atas ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (spt prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. ~ di atas didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu:Rumahnya ~ di atas bukit. ~ drpd terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. pendirian 1. pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2. perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. berpendirian mempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan.Kamus Pelajar
jalar; berjalaran 1 merayap-rayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, cacing dll): Saya sangat takut melihat ular yg ~ di Zoo Negara itu. 2 memanjang di atas tanah (bkn tumbuh-tumbuhan spt keledek, kangkung); melata: Pokok keledek saya hidup ~ di atas tanah. menjalar 1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah. menjalari 1 menjalar pd (bkn binatang atau tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang itu ~ pagar rumahnya. 2 menjalar di (serata tempat); merebak; menulari (bkn api, penyakit dsb): Api telah ~ rumah-rumah yg berdekatan. menjalarkan 1 membuat (membiarkan) supaya menjalar: Ali ~ ulat itu di atas sehelai daun. 2 merebakkan; meluaskan: Ada pihak yg mencuba ~ pengaruhnya di kampung-kampung. penjalaran perbuatan (hal dsb) menjalar atau menjalarkan (pengaruh, tumbuh-tumbuhan dsb): ~ kebudayaan asing dlm masyarakat kita mestilah dicegah. penjalar ist tumbuh-tumbuhan yg tumbuh secara menjalar di atas permukaan tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rancang Isj pancang yg ditajamkan di hujung­nya supaya dapat dicucukkan ke tanah (utk menandai, turus pagar, dll); merancang 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas