suis automatik-insani(auto-man switch) | Suis yang terdapat pada sistem automatik yang dapat menukarkan pengendalian daripada automatik kepada manual, atau sebaliknya. | Kamus Komputer |
automatik(automatic) | Berkaitan proses atau peranti yang dapat berfungsi dalam keadaan tertentu tanpa penglibatan langsung manusia. | Kamus Komputer |
automatik | 1. dpt bergerak atau bekerja sendiri (ttg mesin, jentera dsb). 2. (bkn tindakan) dilakukan tanpa berfikir atau secara tidak disedari. | Kamus Pelajar |
hentian automatik(automatic stop) | Pemberhentian sesuatu pemprosesan secara automatik apabila kewujudan ralat, masalah, atau kegagalan dikesan. | Kamus Komputer |
penutupan automatik(automatic shutdown) | Tindakan komputer mematikan dirinya secara automatik dan bersistem selepas diarahkan oleh pengguna atau selepas suatu syarat yang ditunggu dipenuhi. | Kamus Komputer |
suis alih automatik(automatic switchover) | Proses pemindahan kawalan secara automatik daripada sistem utama kepada sistem sokongan apabila sistem utama gagal meneruskan tugasnya. | Kamus Komputer |
pemulihan automatik(automatic recovery) | Sifat sistem yang dapat memulihkan dirinya secara automatik selepas terjadinya kegagalan. | Kamus Komputer |
carta alir automatik(automated flowchart) | Carta alir yang dilukis secara automatik oleh komputer daripada kod mirip yang diberikan. | Kamus Komputer |
pengekodan automatik(automatic coding) | Rutin bahasa mesin yang disediakan untuk menjanakan kod atur cara secara automatik. | Kamus Komputer |
mesin juruwang automatik | mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang simpanan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); | Kamus Dewan Edisi Keempat |