mendarabkan | mengalikan, memperkalikan: bagaimanakah memperoleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cara | 1 peraturan membuat sesuatu: Bagaimanakah ~ membuat kuih itu? 2 gaya atau kaedah (spt bentuk, fesyen dll): Bahasa yg digunakan dlm karangannya mengikut ~ bahasa Melayu lama. 3 sesuatu peraturan yg lazim diikut; adat resam; adat kebiasaan: Beliau gemar sekali makan masakan ~ Melayu. cara-cara 1 berbagai-bagai cara; bermacam-macam cara. 2 pelbagai peraturan atau contoh. 3 upacara. secara 1 dgn cara: Pegawai itu telah menerangkan akta tsb kpd kami ~ ringkas sahaja. 2 selaku; sebagai: Semuanya dilakukan ~ bermain-main. 3 menurut (adat): Perkahwinannya dilakukan ~ adat Melayu. ~ langsung a. dgn cara terus atau tidak dgn perantaraan. b. tidak menyimpang atau tidak menyeleweng. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendarab | , mendarabkan mengalikan, memperkalikan: bagaimanakah memperoleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buncit | besar perut kerana penyakit dll; gendut: Bagaimanakah caranya hendak mengempiskan perut saya yg ~ ini? membuncit menjadi buncit; nampak buncit: Perutnya ~ kerana terlalu banyak minum arak. membuncitkan menjadikan atau menyebabkan buncit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampan muka | air muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menamatkan | 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tamat | 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? | Kamus Pelajar |
kembara | mengembara pergi ke mana-mana; menjelajah:Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? mengembarai mengembara di; menjelajahi:Mereka berazam utk ~ seluruh dunia. pengembaraan perbuatan atau hal mengembara: ~ beliau ke Kutub Selatan hampir-hampir gagal. pengembara orang yg mengembara; penjelajah. | Kamus Pelajar |
mengembara | pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melarang | menahan drpd melakukan sesuatu, tidak membenarkan (mengizinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? | Kamus Dewan Edisi Keempat |