baharu | baru;membaharui 1. membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dll) supaya sesuatu itu menjadi baharu: jalan itu sudah dibaharui; 2. mengulangi lagi: dia tidak ~ pertanyaannya; 3. memulakan sesuatu semula: rakyat membuka kampung utk ~ hidup masing-masing; 4. menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dgn yg baru atau yg mempunyai tempoh kuat kuasa dsb yg baru: pokok ini tidak payah ~ daunnya; ~ lesen memandu;memperbaharu menjadikan sesuatu lebih baharu;kebaharuan sifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia; pembaharuan perihal (perbuatan dll) membaharui: mereka ini hendak membawa satu ~ dlm agama Islam; mereka hanya cenderung kpd isi sehingga yg dimaksudkan oleh mereka sbg ~ ialah ~ isi belaka;pembaharu orang yg membawa pembaharuan: A. Latiff Mohidin merupakan ~ dlm perpuisian Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang baru | (baharu) a) orang yg baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baharu | baru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baharu | baru. | Kamus Pelajar |
heterograf | (héterograf) (Lin) satu drpd dua kata atau lebih yg maknanya dan mungkin juga bunyinya sama, tetapi berlainan ejaannya, mis baharu dan baru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membentuk | 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
julung I | 1. pertama, utama; warna ~ warna utama; 2. belum ada lagi sebelumnya, mulai, baharu; gadis ~ bersubang = bujang ~ berkeris prb orang yg sangat berlagak (kerana baru mendapat kekayaan atau dinaikkan pangkat); julung-julung mula-mula, pertama-tama; buah ~ buah yg mula-mula; ~ kali = ~ sekali ark pertama sekali, mula-mula sekali, buat pertama kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membaharui | 1. membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dll) supaya sesuatu itu menjadi baharu: jalan itu sudah dibaharui; 2. mengulangi lagi: dia tidak ~ pertanyaannya; 3. memulakan sesuatu semula: rakyat membuka kampung utk ~ hidup masing-masing; 4. menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dgn yg baru atau yg mempunyai tempoh kuat kuasa dsb yg baru: pokok ini tidak payah ~ daunnya; ~ lesen memandu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pucuk I | 1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan; ~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang; ~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharapkan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya); spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendirian sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa memandang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi; berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandat | 1. amanah yg diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kpd wakil mereka (dlm mesyuarat dll utk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan, dll): Perdana Menteri itu akan meminta ~ baru drpd rakyat; 2. kuasa yg diberikan oleh pihak yg lebih tinggi: Presiden telah memberikan ~ kpd Perdana Menteri utk membentuk kabinet baharu; 3. Id surat kuasa, surat perintah (membayar dll): ia masih menunggu ~ utk membayar gaji pekerja-pekerja; 4. kuasa yg diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa Bersatu) kpd sesebuah negara utk mentadbir sesuatu wilayah dsb; 5. kuasa mentadbir sesebuah negara asing dll yg diamanahkan kpd sesuatu pihak berkuasa: ran-cangan itu menyeru supaya wilayah-wilayah Gaza dan Tebing Barat diletakkan di bawah ~ Bangsa-Bangsa Bersatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |