garis tapak(base line) | 1. Garis yang menjadi rujukan bagi penempatan aksara di atas baris. 2. Garis mendatar atau garis menegak yang dibentuk oleh libasan elektron pada tiub sinar katod unit paparan. | Kamus Komputer |
alamat asas(base address) | Alamat yang digabungkan dengan alamat relatif untuk membentuk alamat mutlak bagi kedudukan ingatan yang hendak dicapai. | Kamus Komputer |
pangkalan pengetahuan(knowledge base) | Bahagian sistem berasaskan pengetahuan yang mengandungi kumpulan pengetahuan pakar dalam bentuk fakta dan peraturan untuk membolehkan enjin taabir membuat keputusan berdasarkan fakta yang diberikan. | Kamus Komputer |
pangkalan data(data base) | 1. Kumpulan maklumat tentang sesuatu bidang yang disusun secara sistematik dalam bahantara untuk digunakan sebagai sumber rujukan. 2. Kumpulan fail atau rekod komputer yang berkait secara logik. | Kamus Komputer |
asas pelengkap(complement base) | Asas atau radiks bagi nombor lengkapan. | Kamus Komputer |
sekitaran pangkalan data(data base environment) | Suasana tempat atau keadaan pangkalan data digunakan. | Kamus Komputer |
pentadbir pangkalan data(data base administrator) | Orang yang bertanggungjawab menyelenggarakan ketepatan, kesemasaan, dan kesahihan pangkalan data sedia ada. | Kamus Komputer |
pengurus pangkalan data(data base manager) | Atur cara yang membolehkan pengguna memasukkan, menyusun, mengisih, dan mendapatkan semula rekod dalam pangkalan data. | Kamus Komputer |
pengurusan pangkalan data(data base management) | Tugas yang berkaitan dengan penciptaan, pengembangan, pengemaskinian, dan pemerolehan pangkalan data secara bersistem. | Kamus Komputer |
penggunaan pangkalan data(data base application) | 1. Bidang sasaran atau perkara yang telah dibentuk untuk menggunakan pangkalan data yang telah diwujudkan. 2. Perisian penggunaan yang berdasarkan pangkalan data. | Kamus Komputer |