Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belantara 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
belantara1. sangat luas (bkn hutan, laut, padang dsb): lebih kurang lima, enam, tujuh hari, mereka akan belayar dlm laut ~; hutan ~ = rimba ~ rimba raya, hutan yg luas dan tebal; padang ~ ark a) padang pasir; b) padang dan hutan; 2. hutan yg luas: segala kenderaan telah dapat melalui bukit dan ~ dgn kemajuan yg dicapai; 3. ki keadaan (jahil, ragu-ragu dsb) yg keterlaluan: pendapatnya memanglah berhasil menebas ~ keraguan.Kamus Dewan Edisi Keempat
padang1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak di­kerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang; ~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kia­mat; ~ minyak tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tum­buhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan; ~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang; ~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sung­guh-sungguh sebelum melakukan sesuatu me­nurut kehendak hati; di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya; tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi; berpadang mempunyai padang, ada padang­nya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagi­kan sesuka hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
hutan1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa guna­nya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil man­faat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi po­kok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawa­san, dll) hutan: tanah bekas ditanam tem­bakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) ber­kena­an hutan; pegawai ~ pegawai yg men­jalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) mena­nami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengharu1 mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~nya di hutan belantara itu. 2 mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
banat IKd 1. hulu, pedalaman, udik: kau orang ~; 2. hutan yg tidak dimasuki orang; rimba ~ = hutan ~ belantara.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengharu1. mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~ nya di hutan belantara itu. 2. mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk.Kamus Pelajar
meneroka1. membuka kawasan baru utk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dll) di kawasan baru: menetaplah mereka di sana utk membuka tanah, ~ hutan belantara utk dijadikan kampung; 2. ki menyelidiki (utk mengetahui sesuatu, biasanya yg belum diketahui lagi), menjelajah: perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dlm jiwa pemuda kita; 3. = menerokai menjalani, menempuh, meng­harungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
terokameneroka 1. membuka kawasan baru utk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dll) di kawasan baru: menetaplah mereka di sana utk membuka tanah, ~ hutan belantara utk dijadikan kampung; 2. ki menyelidiki (utk mengetahui sesuatu, biasanya yg belum diketahui lagi), menjelajah: perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dlm jiwa pemuda kita; 3. = menerokai menjalani, menempuh, meng­harungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; penerokaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) meneroka atau menerokai: ~ dlm tema dan teknik oleh para penulis seharusnya dilaku­kan berdasarkan pengalaman; angkasa­wan-angkasawan yg dipilih utk menyertai siri ~ ke angkasa lepas terpaksa menjalani ujian terlebih dulu; peneroka orang yg meneroka: ~-~ zaman dahulu membuka tanah dgn menggunakan kuda dan kapak sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
kalau1. kata penghubung (kata sendi) utk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihurai­kan berikutannya), jika, jikalau: pekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka; 2. seandai­nya, sekiranya, misalnya: ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? 3. bagi..., menurut pendapat..., sekira­nya (saya dll) yg terlibat atau yg memutuskan dsb: ~ saya, budak itu sudah patut dihukum; kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara; kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya; berkalau-kalau mengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkali­kali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura.Kamus Dewan Edisi Keempat
haru; ~-biru, = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. mengharu 1 mengganggu supaya menjadi kelam-kabut (oleh hantu); merasuk; menggoda: Tidak ada hantu syaitan yg ~nya di hutan belantara itu. 2 mengacau sesuatu campuran supaya sebati; mengadun; mengaduk. mengharukan 1 menimbulkan keadaan tidak aman; merusuhkan; mengacau-bilaukan: Berbagai-bagai perkara yg ~ hatinya berlaku pd malam itu. Tindakan yg mendadak telah ~ kedamaian kampung itu. 2 ki menimbulkan perasaan pilu, sedih dsb; memilukan; menyedihkan; menyayukan (hati): Kisah serangan ke atas kota Melaka oleh orang-orang Belanda ialah satu peristiwa yg ~. terharu 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. keharuan keadaan tidak aman; kekacauan. pengharu pengacau; pengganggu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas