kumuh | 1 tidak bersih; kotor; cemar. 2 benda buangan atau sesuatu yg dikeluarkan oleh haiwan atau tumbuh-tumbuhan (najis, kencing, peluh dsb). mengumuhkan 1 menjadikan kotor; mengotorkan. 2 membuang atau mengeluarkan kumuh (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). perkumuhan hal yg berkaitan dgn kumuh (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). pengumuhan perbuatan atau hal mengumuhkan; pembuangan kumuh dr haiwan atau tumbuh-tumbuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kumuh | 1. Mn kotor, keji, cemar; berhati ~ tidak bersih (ikhlas) hatinya; 2. benda yg tidak berguna dan dikeluarkan oleh badan manusia, haiwan atau tumbuhan, kotoran: darah membawa zat makanan dan oksigen dan mengeluarkan ~; ~ tumbuh-tumbuhan hijau terdiri drpd karbon dioksida yg dikeluarkan dlm masa pernafasan dan oksigen yg berlebihan; mengumuhkan 1. Mn mengotorkan, mengejikan; 2. mengeluarkan benda yg tidak berguna dr badan manusia, haiwan atau tumbuhan; kumuhan bahan buangan yg dikeluarkan dr tubuh spt peluh, air kencing, dsb; perkumuhan yg berkaitan dgn kumuh atau pembuangan kumuh; salur ~ salur utk mengalirkan kumuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cuci | ; ~ calat bersih sebersihnya; ~ darah a) membersihkan darah dgn memakan ubat; b) proses membersihkan darah dgn menggunakan sj mesin (darah yg beredar ditapis melalui membran separa telap dlm mesin tersebut utk membuang keluaran buangan), hemodialisis; ~ mata a) membersihkan mata dgn air dll; b) melihat-lihat perempuan dll utk menyeronokkan hati; ~ muka a) membasuh muka; b) Id tempat air utk membasuh muka; ~ perut a) julap, urus-urus, pencahar; b) membersihkan perut dgn julap dll; ~ tangan a) membersihkan tangan; b) Id tempat air basuh tangan; c) tidak mahu terlibat dlm hal orang; bercuci ki bersunat, berkhatan; mencuci 1. membersihkan dgn air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; mencucikan 1. mencuci sesuatu utk orang lain; 2. memberikan (menghantar) sesuatu supaya dicuci: saya pergi ~ baju tadi; 3. ki menyunatkan, mengkhatankan; cucian 1. barang-barang yang dicuci (spt kain, baju, dll); 2. cara mencuci, hasil mencuci: ~nya tidak bersih; pencucian 1. perihal (perbuatan) mencuci; 2. tempat mencuci; pencuci 1. orang yg mencuci, tukang cuci; 2. alat (benda dll) yg digunakan utk mencuci; ~ mulut benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hasil | 1. segala sesuatu yg didapati atau diperoleh (drpd tanah, usaha dan kegiatan, dll), pendapatan, perolehan: kemajuan yg kita dapat sekarang ini adalah ~ drpd usaha kita yg bersungguh-sungguh; ~ padi kita kini sudah mencukupi; semua ~ jualan tiket akan didermakan kpd tabung bencana banjir; 2. akibat, kesudahan (drpd perlawanan, peperiksaan, dll): penyakit yg dihidapinya ~ perbuatannya sendiri; ujian Sijil Rendah Pelajaran tahun ini sangat baik ~nya; 3. perolehan atau pendapatan (yg terdiri drpd cukai, pajak, sewa tanah, dll): ~ negeri dipungut dgn berbagai-bagai cara; ~ bahagi (Mat) hasil atau dapatan yg diperoleh drpd membahagi-bahagikan satu angka dgn angka yg lain; ~ buangan (Kim) bahan yg terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri; ~ bumi a) Id hasil drpd pertanian; b) hasil yg didapati drpd dlm tanah (berupa galian) dan drpd tumbuh-tumbuhan; ~ cukai pendapatan drpd cukai; ~ darab (Mat) jawaban atau dapatan drpd mendarab; ~ hutan barang yg didapati drpd tumbuhan dlm hutan (spt damar, kayu-kayan, rotan, dll); ~ ikutan (turut) Id hasil sampingan; ~ kali Id hasil darab; ~ kepala Kl cukai yg dikenakan ke atas seseorang; ~ mahsul berbagai-bagai hasil sesuatu negeri; ~ negeri a) hasil sesuatu negeri; b) pendapatan kerajaan (cukai dll); ~ purata (Mat) angka tengah yg sama jauhnya drpd angka yg pertama dan yg akhir (spt lima ialah suatu kuantiti antara dua dan lapan); ~ pertanian barang-barang keluaran pertanian; ~ pintu cukai yg dikenakan atas rumah dlm kawasan majlis bandaran; ~ pokok ark cukai mengikut bilangan pokok pd sebidang tanah; ~ sampingan hasil yg bukan hasil utama (mis sabut dlm perusahaan kelapa); ~ semula jadi hasil yg bukan buatan manusia; ~ sut (Eko) hasil yg diperoleh drpd jualan (keluaran) tambahan; ~ tanah a) cukai tanah; b) hasil bumi; ~ tapak ark cukai tanah bersama cukai yg belum dibayar; ~ tenusu hasil drpd binatang ternakan (spt susu dll); ~ terakru (Eko) hasil yg diperoleh dlm tempoh perakaunan tetapi belum direkodkan, atau bayarannya belum diterima sebelum tarikh tutup tempoh perakaunan itu; ~ utama Id hasil yg pokok (yg terutama); berhasil 1. ada hasilnya, memberi hasil: kebunnya sudah ~; 2. tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya: segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~;menghasilkan 1. mendatangkan (mengeluarkan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg pertama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya; hasilan hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu: TV3 telah mengadakan slot cerekarama yg menayangkan drama-drama ~ pengusaha tempatan; kehasilan benda yg dihasilkan: upah sawah itu kadang-kadang sama dgn ~ yg diperdapat;keberhasilan perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): suatu keistimewaan lain ialah ~ pengarang menggunakan monolog; ~ penggunaan istilah banyak bergantung pd masyarakat penggunanya; ~ sesebuah novel; ~ sesuatu prosedur; penghasilan 1. perihal (usaha dsb) menghasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; penghasil orang atau alat yg menghasilkan (membuat, mencipta, dll) sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guna I | 1. sesuatu yg mendatangkan faedah; manfaat: Apa ~nya kita pergi ke sana? 2. tujuan atau maksud drpd sesuatu yg ada; sesuatu yg memberi pengaruh: Terangkan apa ~ ‘ber’ dan ‘ter’ dlm ayat-ayat ini. 3. sesuatu yg baik; kebaikan: Orang yg tidak tahu membalas ~ jangan ditolong. ~ tenaga penggunaan tenaga (manusia dll). berguna ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. menggunakan 1. melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2. mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. mempergunakan menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. kegunaan 1. hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2. yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. penggunaan perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. pengguna orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda. | Kamus Pelajar |
guna I | 1 sesuatu yg mendatangkan faedah; manfaat: Apa ~nya kita pergi ke sana? 2 tujuan atau maksud drpd sesuatu yg ada; sesuatu yg memberi pengaruh: Terangkan apa ~ ‘ber’ dan ‘ter’ dlm ayat-ayat ini. 3 sesuatu yg baik; kebaikan: Orang yg tidak tahu membalas ~, jangan ditolong. ~ sama dpt dimanfaatkan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb). ~ tenaga penggunaan tenaga (manusia dll). berguna ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. kebergunaan perihal atau keadaan berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah memang tidak dpt dinafikan. menggunakan 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. mempergunakan menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. gunaan (bkn bidang pelajaran) yg ada kaitan dgn faedah atau guna secara praktikalnya berbanding dgn bidang teorinya. sains ~ sains yg berkaitan dgn faedah secara praktikalnya. matematik ~ matematik yg digunakan dlm bidang lain spt dlm bidang fizik dan kejuruteraan. kegunaan 1 hal mendatangkan guna (faedah): Paip-paip air telah dipasang utk ~ orang ramai. 2 yg digunakan: Dia menyediakan segala barang ~nya utk pergi bercuti. penggunaan perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. pengguna orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |