sistem terpusat(centralized system) | Sistem kerja yang berasaskan penggunaan sistem pemprosesan yang berada di pusat dan stesen kerja yang berada di sekeliling sistem pusat untuk menerima dan mengeluarkan data. | Kamus Komputer |
isihan tertib menaik(ascending order sort) | Kaedah pengisihan yang dilakukan untuk menyusun butir-butir supaya yang kecil atau yang terdahulu berada di hadapan dan yang besar atau yang terkemudian berada di belakang. Misalnya, a, b, c, d, e, atau 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7. | Kamus Komputer |
barisan | 1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu: B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merawan | berada di atas awan, setinggi awan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ofsaid | (Suk) berada di luar kawasan yg dibenarkan bermain sehingga menjadi suatu kesalahan (bkn pemain bola sepak, hoki dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkanan | 1. berada di tempat yg paling kanan; 2. terkemuka (terutama, tertinggi, dll): dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke PBB; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendepani | 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ofsaid | ist 1 berada di luar kawasan yg dibenarkan bermain sehingga menjadi suatu kesalahan (bkn pemain bola sepak, hoki dsb). 2 keadaan atau hal ofsaid 1: Gol itu telah dibatalkan kerana telah berlaku ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membuntuti | berjalan atau berada di belakang seseorang; mengikuti seseorang: Adik ~ ibu ke mana sahaja ibu pergi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kena kelikir | ki berada di bawah kuasa seseorang, terbelenggu (dikuasai orang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |