beranggota | mempunyai anggota; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacing | beberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penyakit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap); ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; mencacing sangat kurus (badan); cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacing | beberapa jenis binatang yg bulat panjang atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm tanah dan ada yg hidup dlm tubuh manusia dll). ~ benang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan atau padang pasir. ~ gelang(-gelang) cacing yg hidup dlm usus manusia, Ascaris lumbricoides. ~ kerawit cacing yg hidup dlm usus manusia atau binatang.~ pita (pipih) cacing pipih berwarna kelabu yg hidup dlm usus binatang atau dlm usus manusia, Taenia spp.. ~ rambu cacing yg halus-halus. ~ tanah cacing bulat panjang yg hidup di dlm tanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cacing | beberapa jenis binatang yg bulat panjang atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm tanah dan ada yg hidup dlm tubuh manusia dll). ~ benang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan atau padang pasir. ~ gelang(-gelang) cacing yg hidup dlm usus manusia, Ascaris lumbricoides. ~ kerawit cacing yg hidup dlm usus manusia atau binatang. ~ pita (pipih) cacing pipih berwarna kelabu yg hidup dlm usus binatang atau dlm usus manusia, Taenia spp.. ~ rambu cacing yg halus-halus. ~ tanah cacing bulat panjang yg hidup di dlm tanah. | Kamus Pelajar |
anggota | 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok tidak menyenangkan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera; beranggota mempunyai anggota; beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli; menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; keanggotaan perihal menjadi anggota, kedudukan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm pertubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |