berbangsa | 1 berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Melayu. 2 berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja ialah anak orang berasal lagi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berasal | 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berasal | 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbangsa | 1. berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Malaysia. 2. berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja adalah anak orang berasal lagi ~. | Kamus Pelajar |
berasal | 1. bertempat asal; datang dr: Agama Hindu ~ dr India. 2. berketurunan dr: Mereka mengaku ~ dr Raja Iskandar Zulkarnain. | Kamus Pelajar |
Tamil | bahasa kaum yg berasal drpd campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yg berasal dr selatan India dan Sri Lanka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuno | 1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden; kekunoan 1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (bahasa lama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang I | 1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniagakan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri berbagai-bagai orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain; perahu bertambatan, ~ bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn berhutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cergas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg diceritakannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan antarabangsa yg tidak dikenakan sebarang sekatan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot perdagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perdagangan yg dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd merapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan secara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd saudagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dgn sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dari | 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
negeri | 1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; 4. kerajaan, pemerintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kampung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini; ~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia; ~ gedang, rumah gedang, berapa pun panjang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah; alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kampung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau malapetaka yg lain; bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mempunyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |