berdarah hangat | Id berdarah panas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdarah dingin | Id berdarah sejuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdarah | 1. bkn sesuatu peristiwa (kemalangan, pertempuran, dll) yg mengakibatkan kecederaan atau kematian: kejadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, lazimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. berketurunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. berkebolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdarah | 1 mempunyai darah: Manusia yg hidup semuanya ~. ~ raja dr keturunan raja. 2 keluar darah: Mulutnya ~ kerana dia terjatuh. 3 bersifat; berjiwa: Orang-orang Melayu ~ perwira. 4 ada darah yg melekat: Kain pembalut yg ~ itu dibuang saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdarah sejuk | mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdarah putih | berketurunan bangsawan (orang baik-baik); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdarah panas | a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pemarah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdarah hati | sakit hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdarah bali | Mn penakut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdarah | 1. mempunyai darah: Manusia yg hidup semuanya ~. ~ raja dr keturunan raja. 2. keluar darah: Mulutnya ~ kerana dia terjatuh. 3. bersifat; berjiwa: Orang-orang Melayu ~ perwira. 4. ada darah yg melekat: Kain pembalut yg ~ itu dibuang saja. (haiwan, binatang) ~ sejuk (haiwan, binatang) yg suhu badannya dpt berubah-ubah mengikut suhu persekitarannya (haiwan selain mamalia dan unggas). | Kamus Pelajar |